Followers

Monday, August 13, 2018

Yang Mana Satukah Posisi Tidur Terbaik Untuk Ibu Hamil?



Sebelum hamil, kita senang untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti.


Namun apabila hamil dan ditambah pula dengan keadaan perut yang semakin membesar, bukan mudah untuk mula tidur apatah lagi untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.


Apabila memasuki trimester ketiga dan semakin menghampiri waktu bersalin (estimated due date), belakang anda akan mula rasa sakit-sakit kerana tekanan ke atas abdomen, kaki rasa kejang akibat kalsium yang tidak mencukupi di dalam badan, perut yang semakin membesar, mudah rasa pedih ulu hati dan terasa gas naik sehingga ke dada.


Semua ketidakselesaan ini akan membataskan keinginan anda untuk tidur, lagi-lagi untuk tidur nyenyak di waktu malam.


Ketika ini, sudah tentu yang terlintas di fikiran anda adalah, posisi tidur yang manakah yang dapat membantu mudah tidur, mengurangkan ketidakselesaan badan dan sekaligus melindungi keselamatan bayi di dalam kandungan.



Yang Mana Satukah Posisi Tidur Terbaik Untuk Ibu Hamil?


Meniarap?


Terlentang?


Mengiring?



Tidur Meniarap (sleep on stomach)

Kredit : Carian Google


Abdomen yang semakin membesar sebenarnya menyukarkan anda untuk tidur meniarap kerana anda seolah-olah perlu menekan perut anda ke tilam supaya anda boleh menjatuhkan badan sepenuhnya (lay the body) ke atas bantal dan tilam.


Posisi meniarap seperti ini adalah berbahaya kerana ia boleh menyebabkan risiko bayi mati di dalam kandungan kerana darah yang membawa oksigen dan nutrien tidak sampai kepada bayi, apatah lagi jika anda adalah seorang yang gemar tidur meniarap (sleep on your stomach). Apabila hamil, posisi tidur sebegini mungkin harus anda lupakan.



Tidur Terlentang (on your back)

Selepas usia kandungan anda 5 bulan, tidur terlentang adalah tidak disarankan lagi untuk ibu hamil. Posisi terlentang akan menyebabkan rahim anda memberi tekanan kepada saluran darah besar (aorta dan inferior vena cava), seterusnya menghalang peredaran darah ke jantung.


Tekanan pada saluran tersebut boleh melambatkan kitaran darah untuk sampai kepada tubuh anda sekaligus mengganggu bekalan oksigen serta nutrien yang perlu disalurkan kepada bayi di dalam rahim.



Tidur Mengiring (on your side)

Posisi mengiring adalah disarankan dan digalakkan kepada ibu hamil. Posisi ini adalah yang paling selamat untuk bayi anda.


Malah, posisi ini lebih selesa memandangkan abdomen anda yang semakin membesar.


Persoalannya, tidur mengiring ke KANAN atau ke KIRI?


Pakar menyarankan ibu hamil tidur mengiring ke kiri kerana vena besar (inferior vena cava) membolehkan aliran darah yang optimum dari bahagian bawah tubuh ke jantung.


Malah oksigen dan nutrisi juga dapat disalurkan semaksima mungkin kepada bayi melalui plasenta.

Tidur mengiring ke kiri bagi ibu hamil
Kredit : Carian Google


Selain itu, tidur mengiring juga membantu mengurangkan pembengkakan pada pergelangan kaki dan tangan.


Selain mengiring ke kiri, posisi mengiring ke kanan juga baik. Akan tetapi, anda digalakkan untuk berubah posisi mengiring ke kanan dan ke kiri bagi membolehkan anda tidur dengan selesa.


Kredit info : Majalah Mama Papa



***********************************************************************

 Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)