Followers

Wednesday, August 29, 2018

Semua Yang Anda Mesti Tahu Tentang Demam Denggi

Kredit : Carian Google


APA ITU DEMAM DENGGI?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 


Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.


Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


BAGAIMANA PENYAKIT INI MEREBAK?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. 


Sesiapa sahaja yang digigit oleh nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mendapat denggi. 


Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.


PEMINDAHAN PENYAKIT ADALAH MELALUI :
  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8-12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti / dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

BAGAIMANAKAH TERJADINYA DEMAM DENGGI?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.


Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini,


APAKAH PENYEBAB DEMAM DENGGI?

Penyakit demam denggi berpunca daripada 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang dijangkiti.


Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus :

1) DEN-1
2) DEN-2
3) DEN-3
4) DEN-4


Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. 


Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.


BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENCEGAH DENGGI?

1) Lindungi diri anda daripada gigitan nyamuk

Untuk mengelak daripada gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu.

Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk.

Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah. Gunakan kelambu untuk waktu tidur.


2) Elakkan daripada membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi pada waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelakkan daripada bertandang ke kawasan berisiko di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.


3) Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.

Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air di dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk daripada membiak.


Kredit info : http://jknns.moh.gov.my/v1/index.php/mengenai-kami/latar-belakang/pengenalan?id=198


PENGAMBILAN SUPPLEMENT TAMBAHAN UNTUK MENGATASI PENYAKIT DEMAM DENGGI

Antara supplement yang dicadangkan untuk mengatasi penyakit demam denggi ialah :

1) NUTRIFERON




Nutriferon adalah "immune booster" yang membantu meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh badan kita bagi melawan penyakit. 


Ia mengandungi ekstrak 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago yang mana kesemuanya mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.


Nutriferon ini adalah formula eksklusif dan dipaten oleh Shaklee yang hanya boleh didapati melalui Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa atau farmasi.


Nutriferon membantu mengukuhkan sistem imun dalam masa yang singkat. Apatah lagi jika anda jenis yang selalu demam, kerap diserang selsema dan mempunyai antibodi yang rendah, amatlah digalakkan untuk mengambil Nutriferon*.



2) PERFORMANCE DRINK



Bagi mereka yang menghidap demam denggi, badan akan berasa sakit di sendi, tulang, rasa bisa, hilang selera makan dan kurang minum air. 


Apabila ini berlaku, badan akan mengalami dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh) dan membuatkan pesakit berasa lebih sakit, letih dan tidak bermaya.


Performance Drink mengandungi komponen elektrolit yang penting iaitu Na+ (Sodium), Cl+ (Chloride), Mg+ (Magnesium), Ca2+ (Calsium) dan K+ (Potasium) yang mana ia penting untuk membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan, dengan mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh.


Performance Drink memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat dan menggantikan air yang hilang serta meningkatkan daya tahan tanpa mencederakan tubuh. 


Yang lebih menarik, Performance Drink merupakan satu-satunya minuman isotonik yang rendah kandungan gula dan bebas karbonat (tiada gas).



3) VITAMIN C



Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan dengan cara membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun juga menyingkatkan waktu pemulihan.


Manusia tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri. Tambahan pula, Vitamin C adalah jenis yang larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh badan. 


Apatah lagi, jika anda seorang yang merokok dan mudah stress, keadaan ini akan mempercepatkan lagi penyusutan Vitamin C daripada tubuh badan anda.


Pengambilan Vitamin C sangat dicadangkan untuk mereka yang menghidap demam denggi bagi membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan.


Bertindaklah sekarang sebelum denggi menjadi bertambah parah. Dapatkan Nutriferon, Performance Drink dan Vitamin C hari ini juga!


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

***********************************************************************

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)