Followers

Saturday, August 11, 2018

Meroyan : Kenali Simptom dan Cara Mengatasinya



APAKAH ITU MEROYAN?


Sebaik sahaja selepas bersalin, kebanyakan ibu akan mengalami perubahan emosi seperti berasa sedih atau berasa cemas yang boleh terjadi seawal hari pertama ibu melahirkan bayi.


Keadaan ini dipanggil 'kemurungan bayi' (baby blues) dan merupakan situasi normal yang dialami oleh ibu di mana ia akan beransur-ansur kurang dalam masa 10-15 hari selepas melahirkan.


Kemurungan ini sebenarnya berkait rapat dengan hormon. Rembesan hormon untuk baik pulih dan perubahan fungsi organ tertentu meningkat dan didapati mempengaruhi antara 60-80% ibu yang baru melahirkan pada sekitar tempoh berpantang.


Antara tanda-tanda biasa adalah seperti sukar tidur, sentiasa letih, cemas dan kurang selera makan. Emosi ibu pula sentiasa berubah-ubah dan dijangka berakhir setelah ibu boleh menyesuaikan diri dan rutin hariannya bersama bayi.


Namun bagi sesetengah ibu pula, kemurungan yang dialami berlanjutan lebih daripada 2 minggu. Jika tiada sebarang perubahan positif, ibu perlulah dirujuk untuk bantuan profesional. Keadaan ini yang dinamakan sebagai meroyan (post natal depression).



BAGAIMANAKAH UNTUK MENGENALI SIMPTOM-SIMPTOM MEROYAN?





Si ibu berkemungkinan :

  • Sentiasa rasa bersalah dan menyalahkan diri sendiri, ada kalanya bersebab dan ada kalanya tanpa sebarang sebab
  • Sukar untuk melelapkan mata atau tidur, apatah lagi jadual tidur kini berubah selepas kelahiran bayi
  • Menganggap hidup tidak bermakna lagi
  • Kerap menangis tanpa sebab atau menangis di atas hal yang dianggap kecil / remeh bagi orang lain
  • Mudah naik angin (mood swing) terhadap pasangan, anak-anak atau orang lain
  • Rasa diri kurang cantik atau menarik seperti sebelumnya akibat parut stretchmark, perut yang menggeleber atau sebab-sebab yang lain
  • Rasa letih, tidak bermaya dan tertekan kerana perlu mengurus bayi (tanggungjawab baru)
  • Tertekan kerana masalah kewangan, mendengar bayi menangis dan lain-lain
  • Rasa sedih dan tidak gembira
  • Kurang mesra terhadap bayi yang dilahirkan
  • Enggan menguruskan bayi
  • Enggan menguruskan diri sendiri


APAKAH KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH AHLI KELUARGA SEBELUM KEADAAN BERTAMBAH MELARAT?



1) Jangan sesekali menghakimi ibu di atas setiap perbuatannya. 

Jadilah seorang yang prihatin, mengambil berat dan mengambil kisah atas perubahan sikapnya. Tanyakan kepadanya bagaimana dia rasa dan cadangkan perkara-perkara yang boleh membantu membuatkan dia rasa lebih tenang. 

Ini kerana pada masa ini, ibu sebenarnya memerlukan seseorang sebagai tempat untuk dia meluahkan perasaan dan selalunya akan berasa lega apabila dapat meluahkannya.


2) Sama-sama bergilir menjaga bayi dan memberi ruang untuk ibu berehat


Proses kelahiran di dewan bersalin sebenarnya adalah satu proses yang menuntut tenaga luar biasa daripada seorang ibu. Ibu berjuang antara hidup dan mati untuk melahirkan bayinya.

Dek kerana ini, berilah masa dan ruang untuk ibu berehat, merawat diri, berurut, bertungku dan sebagainya dalam tempoh berpantang. Apatah lagi ibu juga perlu menyusukan bayi lebih kerap pada waktu ini. Jadi sama-samalah bergilir untuk menjaga bayi.


3) Elakkan / kurangkan tetamu berkunjung dalam tempoh berpantang

Tahu-tahu sahajalah, tetamu yang datang memang ingin melihat bayi, tetapi pada masa yang sama, juga ingin melihat keadaan ibu. Dalam waktu itu, ada ibu yang perutnya masih menggeleber, ada ibu yang mukanya kusam dan badannya penat. Ada kalanya tetamu lancang sahaja memberikan komen itu dan ini kepada ibu, akhirnya ibu pula terasa hati dan menjadikannya sedih dan murung. Sebaiknya, jemput tetamu datang selepas habis tempoh berpantang.


4) Bantu ibu atasi kelemahan dirinya tanpa merendahkan-rendahkan dirinya

Apatah lagi jika ibu yang baru pertama kali menimang cahayamata. Mungkin berasa kekok ingin menyusukan anak, mungkin berasa kekok menguruskan sakit selepas bersalin dan pelbagai lagi.

Sebagai ahli keluarga, berilah sokongan kepada ibu dan bantu dia atasi kelemahan dirinya tanpa perlu membuatkan dia berasa rendah diri dengan menyebarkan kekurangannya (tidak pandai menyusukan anak dan lain-lain).


5) Dapatkan orang yang ibu selesa untuk bersama

Ada isteri yang selepas bersalin, hanya selesa sekiranya diuruskan oleh suami sendiri. Ada pula yang selesa diuruskan oleh ibu sendiri, sahabat baik ataupun confinement lady.

Oleh itu, dapatkan orang yang selesa untuk didampinginya boleh jadi dengan cara ini ibu akan sentiasa dalam keadaan baik dan ceria.


6) Perdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran, zikir-zikir dan doa atau pasangkan muzik instrumental

Banyak kajian menunjukkan bahawa bacaan Al-Quran boleh menenangkan jiwa dan alunan muzik boleh memberikan keceriaan.


ADAKAH SEMUA IBU AKAN MENGALAMI KEMURUNGAN DAN MEROYAN?

Tidak.

Tidak semua ibu akan mengalami kemurungan. Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang telah membuat persediaan yang rapi sebelum kelahiran.

Persiapan ini termasuklah dari segi :

1) Persiapan emosi (paling penting)
2) Persiapan mental
3) Persiapan fizikal dan kewangan



APAKAH YANG IBU BOLEH LAKUKAN SEBAGAI PERSEDIAAN KELAHIRAN DAN BERPANTANG?

1) Mengambil tahu tentang ilmu penyusuan susu ibu dengan membaca bahan bacaan ilmiah, menyertai kumpulan sokongan ibu, menghadiri kelas anjuran kaunselor atau konsultan laktasi bertauliah

2) Menghadiri kelas antental yang menekankan aspek menyeluruh bermula daripada fasa kehamilan hinggalah kepada panduan dalam soal keibubapaan.

3) Mendapatkan supplement yang membantu ibu lebih cergas, bertenaga dan antistress sepanjang tempoh kelahiran dan berpantang.


Melahirkan seorang bayi bukan suatu proses yang mudah sebenarnya dan dengan pelbagai tuntutan masakini, ia mendatangkan tekanan kepada orang ramai termasuklah kepada ibu yang baru melahirkan.


APAKAH SUPPLEMENT YANG SESUAI UNTUK IBU BERPANTANG?


Di Shaklee, ada kombinasi supplement yang dicadangkan* untuk ibu-ibu mengambilnya semasa tempoh berpantang.




Uni sendiri mengambil Set Berpantang ini selepas melahirkan anak kedua :)


1) VITALEA - sebagai multivitamin yang berfungsi untuk memberikan tenaga kepada ibu selepas bersalin. Lengkap dengan Zinc untuk membantu mempercepatkan pemulihan luka bersalin.


2) B-COMPLEX - vitamin anti-stress. Bantu untuk lebih tenang dan rileks.


3) VITAMIN C - sebagai antioksidan, untuk mencantikkan kulit ibu dan bayi. Tingkatkan sistem pertahanan tubuh badan.


4) OSTEMATRIX - sumber kalsium supaya ibu tidak mudah sakit belakang atau letih apabila menyusukan bayi. Juga bantu melawaskan pembuangan air besar kerana ibu selepas bersalin mudah mengalami sembelit.


Alhamdulillah, ramai ibu yang telah beroleh manfaatnya selepas mengambil Set Berpantang dan kemudiannya meneruskan pula dengan Set Penyusuan.


Jika anda ingin mendapatkan Set Berpantang ini, jangan lupa hubungi saya ya, in shaa Allah saya akan berikan konsultasi yang terbaik kerana saya juga inginkan anda menjalani tempoh berpantang dengan gembira dan bertenaga :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)