Followers

Saturday, August 11, 2018

Lima Minit Selepas Kelahiran



Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan ibu yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tidak tahu apakah proses seterusnya yang dilakukan kepada bayi dan diri sendiri.



Keadaan bayi sejurus selepas dilahirkan
Kredit : Carian Google


Sebenarnya, lima minit sejurus selepas bayi lahir, ada beberapa perkara penting yang dilakukan oleh doktor iaitu :


1) Tali pusat bayi akan dipotong


2) Doktor / staff nurse akan menunjukkan bayi kepada anda (ibu). Ada kalanya mereka akan menunjukkan private part baby kepada anda dan meminta anda menyatakan jantina anak sama ada lelaki atau perempuan. Ini supaya anda mempunyai first image tentang bayi anda.


3) Anda boleh menentukan sama ada ingin terus memegang bayi skin to skin sebaik sahaja dilahirkan ataupun ingin bayi dibersihkan terlebih dahulu.


4) Anda boleh memilih sama ada ingin menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri daripada dalam rahim ataupun tidak.


5) Keadaan, pernafasan dan denyutan jantung bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dilahirkan dan diperiksa sekali lagi lima minit kemudiannya.


6) Selepas uri berjaya dikeluarkan, anda mungkin perlu dijahit jika keadaan perineum memerlukan jahitan. Jahitan mungkin mengambil masa bergantung kepada saiz koyakan (sekiranya ada).


Pada masa ini, suami akan diminta untuk mengazankan dan mengiqamahkan anak.


Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan agar bayi diazankan di telinga kanannya dan diiqamahkan di telinga kirinya. 


Tujuannya adalah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjiannya dengan Allah s.w.t. apabila ditiupkan roh kepadanya sewaktu dia masih berada di dalam rahim ibunya (sekitar usia 4 bulan kehamilan). 


Selain itu, suami juga hendaklah membanyakkan membaca surah Al-Qadr di telinga kanan bayi dan membaca surah Al-Ikhlas di telinga kiri bayi bagi tujuan memohon kepada Allah s.w.t. supaya dikuatkan iman dan dijauhkan dari pada fahaman akidah yang menyeleweng daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud :


"Sesiapa mendapat cahayamata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan di telinga kirinya, maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)".


Semoga perkongsian ini membantu anda dan suami untuk lebih jelas tentang apa yang berlaku dan perlu dilakukan selepas bayi dilahirkan.


***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)