Followers

Wednesday, August 15, 2018

Kerosakan Gigi Di Kalangan Bayi Boleh Berlaku Sebaik Sahaja Gigi Pertamanya Tumbuh



Uni ingat lagi dahulu, sebaik sahaja gigi anak Uni iaitu Haziq tumbuh pada usia 7 bulan, Uni cepat-cepat belikannya berus gigi yang diperbuat daripada getah / silikon, yang mana Uni masukkan jari ke dalam getah / silikon itu, dan terus menggosok gigi Haziq kerana terdapat berus-berus kecil untuk mudahkan menggosok gigi. Contoh berus gigi adalah seperti di bawah ini :


Kredit : http://mizasasaki.blogspot.com



Kenapa Uni beriya-iya sangat hendak menggosok gigi Haziq walhal dia baru berusia 7 bulan pada masa itu?


Ini adalah kerana melalui pembacaan Uni, kerosakan gigi di kalangan bayi boleh berlaku sebaik sahaja gigi pertamanya tumbuh. 


Jika ia tumbuh pada usia 5 bulan, ibu bapalah segeralah bersiap sedia, begitu juga jika ia tumbuh pada usia 1 tahun Faktor kebersihan gigi dan pemakanan haruslah menjadi keutamaan demi mengekalkan gigi yang bersih dan sihat.



Kredit : Carian Google


Kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui akan fakta ini dan hanya akan mengambil berat akan penjagaan dan kesihatan gigi anak sebaik sahaja KESEMUA giginya tumbuh. Ini adalah anggapan yang tidak betul.


Pada masa ini, kita atau orang di sekeliling kita mungkin telah "feed" / memberi makan makanan yang agak manis yang boleh merosakkan gigi dan kita pula tidak segera menggosok gigi atau membersihkan gigi anak, maka amalan ini sedikit sebanyak menyumbang ke arah kerosakan gigi (karies gigi) di kalangan bayi dan kanak-kanak.


20 Fakta penting yang perlu anda tahu mengenai penjagaan gigi anak anda, sebaik sahaja gigi pertamanya tumbuh :


1) Anak kecil juga mempunyai masalah mulut berbau. Salah satu sebabnya adalah kerana kurangnya penjagaan tentang kebersihan gigi dan mulut kanak-kanak.


2) Cuci lidah dan gusi anak kerana di sini terdapat bakteria tersembunyi yang menyebabkan mulut si manja berbau.


3) Gigi yang tidak digosok dengan betul akan menyebabkan bakteria berkumpul dan membentuk plak gigi.


4) Bakteria di dalam plak akan bertindak dengan gula menjadi asid dan menyebabkan pereputan enamel atau lapisan luar gigi yang membawa kepada kaviti atau karies gigi.


5) Tahukah anda? Karies awal kanak-kanak juga bermaksud gigi berlubang.


6) Amalkan rutin menggosok gigi anak sekurang-kurang 2 kali sehari iaitu selepas makan dan sebelum tidur.


7) Gosok gigi anak kecil dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut.


8) Bawa anak berjumpa dengan doktor gigi semasa gigi pertamanya tumbuh atau semasa usianya 1 tahun.


9) Berjumpa doktor gigi secara berkala atau sekurang-kurangnya setahun sekali, biarpun anak tidak mengalami masalah pada gigi.


10) Biarpun anak sudah pandai memberus gigi sendiri, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak semasa memberus gigi.


11) Tukar berus gigi anak setiap 3 bulan sekali.


12) Menggunakan ubat gigi berfluorida untuk menguatkan struktur enamel gigi dan mengurangkan masalah kaviti.


13) Kanak-kanak yang menghisap puting (pacifier) senang untuk mendapat karies gigi.


14) Sekiranya masalah karies gigi dibiarkan, anak akan hilang selera makan dan mengalami masalah percakapan.


15) Jangan beri anak anda menyusu botol yang berisi minuman manis.


16) Elakkan memberi minuman ringan atau minuman berkarbonat kepada anak kerana minuman ini tidak mempunyai khasiat.


17) Kurangkan pengambilan gula dalam makanan anak anda.


18) Hentikan penggunaan botol susu semasa usia anak antara 1-3 tahun dan gantikan memberi minuman dalam cawan.


19) Gantikan snek makanan bergula kepada snek yang lebih sihat seperti buah-buahan dan kekacang.


20) Pastikan anak-anak anda tidak menggigit benda-benda keras kerana ia boleh mencederakan gigi dan gusi.


Kredit info : Majalah Mama Papa



Lihatlah betapa pentingnya penjagaan gigi di kalangan bayi dan kanak-kanak kan?


Sebagai ibu bapa, sekiranya kita mula menitikberatkan penjagaan dan kebersihan gigi anak-anak sejak mereka kecil, pasti mereka akan terbiasa untuk menjaga kebersihan dan kesihatan gigi sendiri apabila mula meningkat dewasa kelak.


Jika anda ingin memilih multivitamin atau sebarang supplement untuk anak-anak, pastikan ia tidak mengandungi perisa dan perasa yang berlebihan sehingga boleh merosakkan gigi mereka dalam jangkamasa panjang.


Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan Vitalea For Children daripada Shaklee kerana ia dirumus dengan Xylitol yang membantu menghalang kerosakan gigi (kaviti) kepada anak-anak. 


Kanak-kanak pasti sukakan Vitalea for Children








Inilah dia multivitamin untuk kanak-kanak yang lengkap dengan 18 nutrisi perlu termasuklah Vitamin A, Vitamin C, Vitamin D, kumpulan Vitamin B, Kalsium, Zat Besi dan Zinc untuk keperluan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak yang sihat.


Sesuai untuk kanak-kanak yang cerewet memilih makanan dan sukar untuk makan sayur dan buah.


Anak-anak pasti sukakan rasanya kerana ia mempunyai rasa buah anggur yang sangat sedap! :)



Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

***********************************************************************

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)