Followers

Friday, August 24, 2018

Fungsi Hati Yang Anda Mesti Tahu


Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula.


Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati.


Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia.


Apakah Sebenarnya Fungsi Hati Yang Anda Mesti Tahu?

Kredit : Carian Google


Fungsi hati adalah untuk :

  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.

Hati merupakan organ paling penting dalam tubuh kita. Jika hati rosak, kebanyakan fungsi badan juga akan turut terjejas.



Apakah Punca Utama Kerosakan Hati?

1) Tidur terlalu lewat dan bangun terlalu lewat adalah punca utama

2) Tidak membuang air kecil pada waktu pagi

3) Terlalu banyak makan

4) Tidak mengambil sarapan pagi

5) Pengambilan ubat terlalu banyak

6) Pengambilan terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna, perisa dan pemanis tiruan

7) Pengambilan minyak masak yang tidak sihat. Sebanyak mungkin cuba kurangkan penggunaan minyak masak berulang kali apabila menggoreng dan pilihan terbaik adalah menggunakan minyak zaitun.

8) Pengambilan makanan mentah / sayuran yang tidak dimasak juga menambah beban hati. Sayuran yang digoreng perlu dihabiskan pada satu masa dan janganlah disimpan kemudiannya dipanaskan semula.

9) Pengambilan minuman keras (arak) dan alkohol.


Hati merupakan organ yang penting dalam detoksifikasi dan menyahtoksin, jadi jika hati kita rosak makan segala segala proses menyahtoksin dalam badan akan terganggu. Apabila toksin mula berkumpul di dalam badan, ia akan menyebabkan masalah kesihatan yang lain pula.


Oleh sebab itu, kita perlu mengamalkan gaya hidup harian yang baik dan tabiat makan yang betul, kerana ia sangat penting untuk badan kita menyerap khasiat dan menyingkirkan bahan kimia / toksin yang tidak perlu mengikut 'jadualnya'.



Kesimpulan

Hati merupakan organ yang penting dalam tubuh dan kita harus menjaga hati dengan sebaik mungkin agar dapat berfungsi dengan baik. Untuk menyingkirkan toksin dalam hati bolehlah mencuba DTX Complex.



Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

***********************************************************************

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)