Followers

Thursday, August 23, 2018

ESP Shaklee : Rendah Indeks Glisemik, Memberi Tenaga Berpanjangan, Mengawal Selera Makan & Membantu Menurunkan Berat Badan


Antara produk Shaklee kegemaran Uni setiap masa adalah ESP. Kenapa ESP?


Alhamdulillah, Uni mula mengambil ESP semasa berpantang kelahiran anak kedua dan terus mendapat pelbagai manfaat daripadanya. Antara yang Uni suka adalah, ESP membantu memberikan rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama dan membantu mengatasi masalah gastrik Uni :)



Bagaimana ESP Membantu Mengekalkan Rasa Kenyang Untuk Tempoh Yang Lama?

Ini adalah kerana ESP merupakan minuman protein semulajadi yang rendah lemak, tiada kolesterol, kaya dengan asid amino penting dan mempunyai paras glisemik indeks (GI) yang rendah.



ESP : Minuman protein bernutrisi dengan indeks glisemik yang rendah


Apakah Itu Indeks Glisemik (GI)?

GI adalah indeks pengukuran dalam menentukan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula atau glukosa dalam darah.


GI diukur mengikut skala 0 hingga 100 mengikut kesan makanan kepada peningkatan gula dalam darah (glukosa). 0 adalah kadar GI terendah, manakala 100 adalah kadar GI tertinggi.


Secara ringkas, ukuran GI seperti berikut:


0 - 55 : Peningkatan gula dalam darah secara perlahan.
56 - 69 : Peningkatan gula dalam darah secara sederhana.
70 - 100 : Peningkatan gula dalam darah secara cepat.


GI Terbahagi Kepada 2 Iaitu :



1) Tinggi GI 

Mengambil karbohidrat dengan GI yang tinggi akan memecahkan gula dengan cepat dan menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat dengan pantas. Tenaga dibebeaskan dengan cepat, namun paras glukosa juga akhirnya menurun dengan cepat menyebabkan kita kembali lapar dan perlu makan semula. Ini mendorong kita untuk makan dengan lebih banyak.

Contoh makanan tinggi GI : Roti putih, nasi beras putih.


2) Rendah GI

Mengambil makanan rendah GI pula membantu mengimbangi paras glukosa dalam darah. Ia menyebabkan tenaga dibebaskan perlahan-lahan dan ini sangat membantu untuk kita kekal bertenaga dan berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Oleh yang demikian kita tidak berasa perlu untuk makan dengan lebih banyak.

Contoh makanan rendah GI : yogurt rendah lemak, roti gandum dengan kepingan ayam atau daging.



Apakah Kebaikan Makanan Yang Mempunyai GI Yang Rendah?

1. Makanan rendah GI merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan dan mereka yang berpuasa kerana ia membuatkan kita berasa kenyang lebih lama.


2. Makanan rendah GI mengelakkan kita daripada mengantuk selepas makan. Hal ini kerana apabila kadar glukosa yang stabil dalam darah mengekalkan tenaga lebih lama setelah makan dan mengelakkan rasa mengantuk.


3. Makanan rendah GI membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Pesakit kencing manis sangat digalakkan mengambil makanan yang boleh membantu menstabilkan paras gula dalam darah.


4. Pengambilan makanan rendah GI dapat membantu mengurangkan kolestrol.



Berapakah Pula GI Untuk ESP Minuman Protein Tinggi?

Berita baiknya, indeks glisemik bagi ESP adalah 39 sahaja, lebih kurang menyamai indeks glisemik untuk sebiji epal!


ESP mempunyai GI 39 sahaja iaitu di kategori yang rendah (55 dan ke bawah)



Ingin kekal bertenaga lebih lama?

Dengan segelas ESP sahaja, anda telah mengambil sejumlah 14gram protein yang mampu membuat anda berasa kenyang lebih lama. ESP membantu untuk bertahan dari rasa lapar lebih lama dan sangat membantu memberikan tenaga berpanjangan untuk mereka yang aktif dan  sentiasa menggunakan tenaga dalam aktiviti harian.


Ingin menurunkan berat badan?

Para penyelidik di Fakulti Biologi, Universiti Copenhagen telah mengesahkan bahawa kebanyakan penasihat kesihatan (berat badan) mendakwa bahawa: makan dengan diet yang tinggi protein dan sedikit kalori kanji(rendah GI) dapat membantu mengurangkan berat badan. -Zestfulness


Ingin mengekalkan paras glukosa yang sihat bagi pesakit kencing manis?

Semakin tinggi nilai GI sesebuah karbohidrat, maka semakin banyak insulin yang akan dirembeskan kerana tindakbalas karbohidrat tersebut. ESP adalah diet rendah GI yang membantu memastikan insulin dirembeskan dengan kadar yang lebih perlahan sesuai dengan keperluan pesakit kencing manis.


1 tin ESP tahan untuk tempoh 2-3 bulan, jangan risau, Uni akan guide cara pengambilan ESP yang betul beserta resepi bancuhan ESP yang lazat lagi berkhasiat bagi setiap pembelian :)



Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

***********************************************************************

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)