Followers

Wednesday, August 29, 2018

Awasi Simptom Denggi!


Simptom demam denggi bermula 4 hingga 6 hari selepas jangkitan dan boleh bertahan sehingga 10 hari.


Tanda-tanda demam denggi adalah seperti berikut :



1) Demam kuat secara mengejut



2) Demam panas berterusan



3) Sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi dan biji mata



4) Ruam atau bintik merah di kulit yang muncul 3-4 hari selepas bermulanya demam



5) Pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi



6) Sakit kepala yang teruk



7) Hilang selera makan



8) Loya dan muntah



9) Sakit perut



10) Gatal-gatal pada badan





Dalam kes denggi yang teruk, akan kelihatan bintik-bintik pendarahan pada kulit dan bahagian-bahagian badan yang lain dan kebocoran plasma darah. Bilangan platelet darah juga menjunam akibat :


  • Virus denggi menyekat aktiviti sumsum tulang, mengakibatkan kekurangan sel darah dan menyebabkan bilangan platelet rendah.
  • Sel-sel endothelial vaskular yang dijangkiti virus denggi akan bergabung dengan platelet dan memusnahkannya.
  • Antibodi yang terhasil selepas jangkitan virus denggi boleh memusnahkan platelet darah.

Oleh sebab itu, pesakit dengan bilangan platelet darah yang rendah dan bilangan sel darah merah yang tinggi mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk menghidap denggi yang teruk, kegagalan organ malah kematian.


Itulah sebabnya pesakit demam denggi yang teruk memerlukan titisan intravena (IV), penggantian elektrolit dan pemudahan darah untuk menggantikan darah yang hilang.


BAGAIMANAKAH CARA MEMERANGI DENGGI?

Ianya adalah melalui 2 cara :


Cara Pertama :
  • Bekerjasama apabila pihak berkuasa menjalankan fogging, buka pintu dan tingkap supaya semburan fogging sampai ke tempat-tempat yang disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
  • Membuang air bertakung daripada tong sampah, pasu bunga, baldi dan sebagainya di kawasan rumah kita.
  • Memakai pakaian yang menutup badan contohnya baju lengan panjang dan seluar panjang supaya tidak digigit oleh nyamuk Aedes.
  • Menggunakan semburan penghalau nyamuk atau tampalan (patches) yang mengandungi DEET apabila berada di kawasan yang banyak kes denggi.

Cara Kedua :

Oleh kerana demam denggi adalah disebabkan oleh virus, maka tidak ada ubat atau antibiotik untuk merawatnya. Rawatan untuk demam denggi biasanya tertumpu kepada melegakan simptom (demam yang teruk, sakit sendi dan sebagainya).


Sesetengah orang tidak menunjukkan tanda-tanda demam denggi atau hanya mempunyai tanda-tanda yang ringan, sementara orang yang lain mengalami komplikasi yang teruk. Mengapakah ini berlaku?


Jawapannya terletak pada sistem imun kerana ia adalah pertahanan utama terhadap virus denggi.


Jika anda dijangkiti denggi, sistem imun badan akan melawan virus tersebut. Sekiranya sistem imun badan anda kuat, anda akan dapat menentang virus itu, tetapi jika sistem imun anda lemah, virus itu akan menguasai badan anda.


Itulah sebabnya penting untuk memastikan sistem imun anda kuat pada setiap masa.



PENGGUNAAN SUPPLEMENT TAMBAHAN UNTUK MEMBANTU MERAWAT DEMAM DENGGI*


Antara supplement yang dicadangkan untuk mengatasi masalah demam denggi ialah :



1) NUTRIFERON

Satu kotak Nutriferon mempunyai 30 sachet


Nutriferon adalah "immune booster" yang membantu meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh badan kita bagi melawan penyakit. Ia mengandungi ekstrak 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago yang mana kesemuanya mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.


Nutriferon ini adalah formula eksklusif dan dipaten oleh Shaklee yang hanya boleh didapati melalui Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa atau farmasi.


Nutriferon membantu mengukuhkan sistem imun dalam masa yang singkat. Apatah lagi jika anda jenis yang selalu demam, kerap diserang selsema dan mempunyai antibodi yang rendah, amatlah digalakkan untuk mengambil Nutriferon*.



2) PERFORMANCE DRINK

Satu tin Performance Drink (539 g)


Bagi mereka yang menghidap demam denggi, badan akan berasa sakit di sendi, tulang, rasa bisa, hilang selera makan dan kurang minum air. 


Apabila ini berlaku, badan akan mengalami dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh) dan membuatkan pesakit berasa lebih sakit, letih dan tidak bermaya.


Performance Drink mengandungi komponen elektrolit yang penting iaitu Na+ (Sodium), Cl+ (Chloride), Mg+ (Magnesium), Ca2+ (Calsium) dan K+ (Potasium) yang mana ia penting untuk membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan, dengan mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh.


Performance Drink memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat dan menggantikan air yang hilang serta meningkatkan daya tahan tanpa mencederakan tubuh. 


Yang lebih menarik, Performance Drink merupakan satu-satunya minuman isotonik yang rendah kandungan gula dan bebas karbonat (tiada gas).



3) VITAMIN C


Satu botol Vitamin C mengandungi 180 biji tablet


Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan dengan cara membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun juga menyingkatkan waktu pemulihan.


Manusia tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri. Tambahan pula, Vitamin C adalah jenis yang larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh badan. 


Apatah lagi, jika anda seorang yang merokok dan mudah stress, keadaan ini akan mempercepatkan lagi penyusutan Vitamin C daripada tubuh badan anda.


Pengambilan Vitamin C sangat dicadangkan untuk mereka yang menghidap demam denggi bagi membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan.


Bertindaklah sekarang sebelum denggi menjadi bertambah parah. Dapatkan Nutriferon, Performance Drink dan Vitamin C hari ini juga.



Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

***********************************************************************

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)