Followers

Monday, August 13, 2018

Amalan Ibu Imam Syafie Ketika Menyusukan Beliau



Antara anugerah dan keistimewaan yang diberikan oleh seorang ibu selepas melahirkan anak adalah, kemampuan untuk menyusukan anaknya dengan susunya sendiri.


Sesi penyusuan adalah waktu bonding seorang ibu dan permata hatinya. Pada masa ini, kedua-dua ibu dan anak akan berasa relaks dan tenang. Ibu dapat menyusukan anaknya, anaknya pula mendapat khasiat dari susu ibu yang tiada tandingannya.


Sebaiknya sesi penyusuan itu tidak kita biarkan berlalu begitu sahaja.


Sambil menyusu sambil ibu berselawat, beristighfar dan berzikir, moga-moga susu yang mengalir daripada ibu kepada anak itu ada barakahnya yang tidak terdapat pada susu yang lain.


Hari ini Uni nak kongsikan apakah amalan Ibu kepada Imam Syafie ketika menyusukan beliau.




  • Menyusukan beliau dalam keadaan berwuduk
  • Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan
  • Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri
  • Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa


Subhanallah! Semoga apabila kita membaca ayat-ayat suci Allah ketika menyusukan bayi, Allah akan menitipkan rasa tenang kepada bayi dan moga-moga dia beroleh segala kebaikan dan khasiat daripada susu ibunya.


Ramai ibu yang mengeluh susu tidak cukup, anak tidak cukup kenyang dan sebagainya, masalah ini boleh diatasi dan pada masa yang sama kita ikhtiar juga dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir.


Semoga sesi penyusuan selepas ini menjadi lebih indah dan bermakna, in shaa Allah :)


Inginkan supplement yang membantu proses penyusuan susu ibu? Jom klik SINI.



***********************************************************************

 Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)