Followers

Saturday, August 11, 2018

Adakah Anak Anda Berisiko Menghidap Anemia?




Apakah Itu Anemia?


Anemia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang anak itu berasa letih sehingga hilang keupayaan untuk melakukan aktiviti seharian.


Sekiranya ia berterusan sehingga ke peringkat remaja, ia boleh mengakibatkan pertumbuhan terbantut, gangguan kepada perkembangan motor dan mental anak, mudah hilang fokus dan tidak aktif seperti kanak-kanak yang lain.


Pada situasi yang lebih teruk lagi, ia boleh mengakibatkan organ badan tidak berfungsi dengan sempurna termasuklah masalah kegagalan jantung dan strok.



Apakah Yang Menyebabkan Anemia?

Terdapat pelbagai penyebab anemia, namun yang paling kerap terjadi adalah anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi ataupun lebih dikenali sebagai Iron Deficiency Anemia (IDA).


Zat besi adalah mineral penting untuk pertumbuhan badan. Darah merah di dalam badan kita mengandungi zat besi di dalam hemoglobin yang membawa oksigen ke dalam tisu badan dan paru-paru.


Kekurangan zat besi akan menyebabkan kurangnya penghasilan hemoglobin, secara tidak langsung memberi kesan kepada penghasilan sel darah merah dan seterusnya menyebabkan IDA (masalah kekurangan nutrisi yang kerap berlaku).



Apakah Faktor Terjadinya Anemia?

Terdapat pelbagai faktor antaranya seperti berikut :
  • Kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi
  • Mengambil zat besi secukupnya, tetapi berlaku keadaan di mana kadar penyerapan zat besi yang rendah di dalam badan
  • Kehilangan darah yang berterusan terutamanya apabila kanak-kanak perempuan mula didatangi haid
  • Keperluan zat besi yang meningkat akibat daripada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang pesat
  • Kekurangan asid folik dan vitamin B12
  • Penyakit seperti Thalasemia (sama ada Thalasemia major / minor  atau pembawa) juga boleh menyebabkan anemia dan perlu mengetahui sejarah keluarga sama ada terdapat keluarga lain yang menghidap Thalasemia ini kerana ia adalah penyakit genetik (keturunan / baka).
  • Kekurangan enzin G6PD yang boleh menyebabkan anemia jika kanak-kanak tersebut terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan sel-sel darah merah pecah seperti kacang parang dan sesetengah ubat. Ujian G6PD ini dilakukan semasa bayi lahir dan akan diberitahu kepada ibu bapa jika anak mereka kurang enzim tersebut.


Adakah Anak Anda Berisiko Menghidap Anemia? Teruskan Pembacaan Untuk Tahu Lebih Lanjut Supaya Penyakit Ini Dapat Dikenalpasti dan Dicegah Lebih Awal Lagi


Anemia di kalangan kanak-kanak dan remaja :


1) Bagi bayi berusia 6 bulan ke bawah

Selalunya berlaku terhadap bayi pramatang atau bayi yang beratnya rendah (kurang 2.5 kg) di mana simpanan asid foliknya masih sedikit di dalam badan.


Bayi biasa mengandungi simpanan zat besi dari dalam kandungan dan dari susu ibu. 



2) Bagi bayi berusia 6-12 bulan

Bayi kerap mengalami anemia kurang zat besi disebabkan pertukaran makanan daripada susu kepada makanan pejal. Pada ketika ini, ramai ibu bapa yang kurang memberikan makanan yang tinggi zat besi dalam diet harian bayi mereka.


Pada masa ini juga, perkembangan psiko motor berlaku dengan cepat dan keperluan zat besi meningkat berbanding biasa.



3) Kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas termasuklah pra-sekolah

Pada usia ini, kebanyakan kanak-kanak sudah mula memilih makanan yang mereka sukai, berbanding yang mereka perlukan. Malah ada juga yang menjadi cerewet ataupun hanya ingin makan makanan yang sama setiap hari. 


Keadaan ini boleh menyebabkan kekurangan zat besi.



4) Remaja

Remaja berisiko tinggi mendapat anemia terutama ketika pertumbuhan badan yang pantas. Keperluan zat besi meningkat akibat penambahan otot badan, peningkatan sel darah merah dan kehilangan darah akibat haid bagi kanak-kanak perempuan.



Bagaimana Untuk Mencegah Anemia?

Mengambil makanan yang kaya dengan zat besi contohnya seperti
  • buah-buahan
  • sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam, kailan
  • daging
  • ayam
  • ikan
  • sotong
  • ikan bilis


Tips!

Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi. 


Oleh itu, makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi Vitamin C ini di dalam hidangan ataupun minum jus buah selepas makan. 


Selain itu, boleh juga makan makanan kaya zat besi bersama dengan pencicah seperti sambal buah-buahan contohnya sambal tomato atau sambal limau kasturi.



Peringatan!

Kopi, teh, minuman berkola dan minuman bercoklat mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi, iaitu kafein.


Kopi dan teh kegemaran ramai, namun ia mengandungi kafein
yang menghalang penyerapan zat besi dalam badan


Oleh itu jika ingin mengambil minuman tersebut, pastikan ianya diambil di antara waktu makan utama atau sekurang-kurang 1 hingga 2 jam dari waktu makan utama.


Rujukan :

1) WHO (2001). Iron Deficiency Anaemia : Assessment, Prevention and Control - A Guide for Programme Managers
2) WHO (2006). Guidelines on food fortification with micronutrients
3) Mahan L.K., Escott-Stump S. (2008). Krauses Food & Nutrition Therapy 12th Edition. Saunders Elseviers, Canada.
4) Insel P. Turner R.E. and Ross D. (2004). Nutrition 2nd Edition. 
5) Jones and Bartlett, Masschusetts. 5. Whitney E., Rolfes S.R. (2005). Understanding Nutrition 10th Edition. Thomson Wadsworth, US.



Pengambilan Supplemen Vitalea With Iron dan Sustained Release Vitamin C Membantu Mencegah Anemia



Vitalea with Iron Formula merupakan multivitamin dan multimineral yang lengkap dengan 28 jenis nutrisi lengkap. 


Tablet Vitalea ini diselaputi dengan serbuk spirulina dan merupakan multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. 


Ia dilengkapi dengan zat besi (Iron) yang merupakan komponen penting untuk membentuk hemoglobin. 


Apabila seseorang itu kekurangan zat besi di dalam tubuh badannya, ia akan menyebabkan kurangnya penghasilan hemoglobin, seterusnya memberi kesan kepada penghasilan sel darah merah. 


Kekurangan zat besi ini akan menyebabkan seseorang itu mudah berasa letih, tidak bertenaga dan menjurus kepada anemia.


Vitalea with Iron Formula sangat disarankan untuk lelaki dan wanita, juga untuk ibu hamil dan ibu yang menyusu.


Sungguhpun begitu, pengambilan zat besi yang mencukupi adalah sama pentingnya dengan kadar penyerapan zat besi tersebut ke dalam tubuh badan kita. 


Oleh yang demikian, gabungkan pengambilan Vitalea with Iron Formula dengan Sustained Release Vita-C Plus kerana Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi.



Pengambilan Supplemen Vitalea for Children dan Chewable-C Plus Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Remaja



Untuk kanak-kanak pula, disarankan untuk mengambil supplemen Vitalea for Children dan Chewable-C Plus kerana ia lengkap dengan zat besi dan mineral lain yang diperlukan oleh badan.




Mencegah Itu Adalah Lebih Baik Daripada Merawat

Supplemen yang dicadangkan di atas adalah sesuai diambil oleh dewasa (Vitalea with Iron Formula & Vitamin C) dan kanak-kanak (Vitalea for Children dan Chewable-C Plus). Elakkan merisikokan diri sendiri dan anak-anak yang disayangi. Mulakan dengan mengambil supplemen hari ini.



Untuk info lanjut dan pembelian boleh terus hubungi Uni seperti details di bawah :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)