Followers

Wednesday, August 15, 2018

8 Fakta Menarik Mengenai Kalori Yang Mungkin Anda Belum Pernah Ketahui


Banyak perkara menarik yang boleh dipelajari mengenai kalori dan mungkin ada antara fakta ini yang anda belum pernah ketahui selama ini.


Jom baca sama-sama? :)


Fakta #1
Teh dan kopi tidak mempunyai sebarang kalori melainkan jika ditambah dengan sudu dan gula.


Fakta #2
Makanan segera yang mempunyai kandungan kalori yang sangat tinggi adalah susu kocak yang dibuat dengan aiskrim coklat, susu dan juga mentega kacang. Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk meminum "smoothie" yang berasaskan sayur-sayuran.


Fakta #3
Mungkin anda merasakan sepotong kek lobak (carrot cake) adalah lebih baik jika dibandingkan dengan brownie coklat mahupun muffin, tetapi hakikatnya jumlah kalorinya lebih tinggi (560 kalori) berbanding Brownie Coklat Belgian (370 kalori).


Fakta #4
Kopi latte yang anda minum mungkin akan menambahkan jumlah pengambilan kalori, lemak tepu dan gula harian anda.


Fakta #5
Tahukah anda, satu sudu teh madu mengandungi lebih kurang 25 kalori manakala satu sudu teh gula hanya mengandungi 16 kalori!


Fakta #6
Purata kalori yang dimakan ketika bufet adalah 2,500. Ingat, ia mungkin melebihi jumlah pengambilan kalori anda!


Fakta #7
Perenang Olimpik, Michael Phelps mengambil 12,000 kalori setiap hari semasa latihan yang bersamaan dengan 6 kali ganda jumlah kalori yang diperlukan oleh seorang lelaki dewasa yang normal. Kalori akan dibakar dengan lebih banyak apabila kita mengamalkan gaya hidup yang aktif. Berenang adalah aktiviti yang baik untuk mengurangkan berat badan.

Nota : Anda juga boleh mencuba Set Pengurusan Berat Badan Shaklee atau Yes Wellness Pack Healthy Fitness untuk mengurangkan berat badan.


Fakta #8
Di dalam konteks pemakanan, 'kalori' sebenarnya adalah 'kilokalori' - tenaga yang cukup untuk meningkatkan suhu 1 kilogram air ke 1 darjah Celcius.


Kredit : Majalah Gaya Hidup Yakult November 2015


Kebanyakan penyakit berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak sihat. Mudah-mudahan perkongsian info ini membantu kita untuk memilih makanan yang sihat demi kesihatan yang berpanjangan.




Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

***********************************************************************

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)