Followers

Saturday, August 11, 2018

5 Jenis Bisnes Yang Tak Lapuk Dek Hujan Tak Lekang Dek Panas




Hari ini saya ingin berkongsi tentang 5 jenis bisnes yang sentiasa ada permintaan tak kiralah dalam apa jua keadaan ataupun senang cerita - bisnes yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Berperibahasa pula kita ya ;)



1) MAKANAN

Manusia adalah makhluk hidup yang memerlukan makanan. Manusia bukan hidup untuk makan, tapi manusia memerlukan makanan untuk hidup.


Apa sahaja makanan contohnya makanan asasi, makanan tambahan, makanan ringan, kek dan pastri, buah-buahan dan lain-lain yang boleh dimakan, akan sentiasa ada permintaan bergantung kepada cara pemasaran, di mana ia memainkan peranan penting untuk memastikan bisnes sentiasa berkembang pesat.


Shaklee termasuk dalam kategori makanan tambahan untuk kesihatan dan saya gembira berkongsi kebaikan Shaklee bersama orang ramai yang ingin mencapai taraf kesihatan yang lebih baik dan mencari peluang menjana pendapatan dengan Shaklee.



2) PERTUNANGAN & PERKAHWINAN

Ingat sahaja tentang pertunangan dan perkahwinan, pasti banyak yang terlintas di fikiran kita kan. Baju pengantin, pelamin, barang hantaran, goodie bags, bunga manggar, dewan serbaguna, kerusi meja dan apa sahaja yang berkaitan pertunangan dan perkahwinan, pasti sentiasa ada permintaan.


Masuk sahaja cuti sekolah, menderu-deru majlis perkahwinan di sana sini. Nampak kan, memang sentiasa ada permintaan untuk bisnes ini.


3) KELAHIRAN

Wah, ini pun menarik juga. Sebab itulah ekspo dan pameran yang berkaitan dengan barangan bayi dan kelahiran sentiasa sesak dengan kehadiran pengunjung. Baju bayi, barut bedung, set pengurusan uri, set berpantang, mandian herba, set tilam dan bantal kekabu serta pelbagai lagi.


Apa sahaja yang berkaitan dengan keperluan ibu dan bayi baru lahir, sentiasa ada permintaan tinggi.


4) KEMATIAN

Apabila ada kelahiran, pasti jua ada kematian. Walaupun berdukacita dengan kematian, tetap perlukan kepada kain kafan, keranda, batu nisan dan lain-lain yang berkaitan.



5) PENDIDIKAN

Cabang bisnes pendidikan memang sentiasa ada permintaan. Pendidikan bermula sejak daripada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, pasangan yang ingin berkahwin, ibu bapa dan melibatkan lain-lain golongan. Jadi bahan bacaan seperti buku atau ebook dan bahan interaktif seperti permainan yang mengasah minda sentiasa ada permintaan.


Begitu juga permintaan untuk mengadakan seminar, kursus, bengkel, kelas dan sebagainya. Ini adalah cabang bisnes yang sentiasa ada permintaan tidak kira musim.


Dalam pada kita berusaha dan berniaga untuk mencari rezeki, jangan lupa akan hubungan kita dengan Allah s.w.t. Amalan wajib jangan ditinggalkan, amalan sunat perlu diperbanyakkan. Jika kita abaikan amalan-amalan ini, maka berniaga itu akan menjadi satu kerja yang sia-sia dan memenatkan sahaja.


Kredit : www.anakkuwiraku.com



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)