Followers

Wednesday, July 18, 2018

Mengapa Perlu Ambil Asid Folik Sebelum Hamil?


Apabila seseorang wanita itu ingin hamil ataupun sedang hamil, salah satu nutrien penting yang mesti ada di dalam diet hariannya ialah Asid Folik.


Apakah Itu Asid Folik?


Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B yang wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah dan juga yis serta ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan juga diperkuatkan dengan asid folik.


Asid folik membantu tubuh menghasilkan sel darah merah yang sihat untuk tumbesaran dan perkembangan yang normal. Semua orang memerlukan asid folik, tetapi ia lebih penting buat kaum wanita yang ingin hamil.


Menurut US Dietary Reference Intakes and Recommended Nutrient Intakes untuk Malaysia, kaum wanita memerlukan sehingga 400 microgram (mcg) asid folik sebelum hamil kerana pelbagai masalah kehamilan boleh muncul dalam beberapa minggu selepas kehamilan



Mengapakah Saya Sebagai Ibu Hamil Ataupun Sebagai Wanita Yang Ingin Hamil, Perlu Mengambil Asid Folik?


Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Kajian yang telah dijalankan di beberapa hospital Malaysia menunjukkan bahawa kecacatan tiub saraf adalah salah satu daripada kecacatan lahir serius yang paling kerap berlaku.




Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Setiap tiub saraf bayi yang belum lahir lazimnya terbentuk di dalam otak dan saraf tunjang.


Kecacatan tiub saraf berlaku apabila tiub ini gagal terbentuk dengan sempurna di dalam rahim, lantas menghasilkan keadaan seperti spina bifida dan anensefali, iaitu kecacatan tiub saraf yang paling biasa berlaku.


Bayi dengan kecacatan tiub saraf ini lazimnya mengalami masalah serius, termasuk pelbagai ketidakupayaan dan kematian.


Walaupun punca sebenar kecacatan tiub saraf tidak diketahui, adalah dipercayai bahawa kekurangan pengambilan asid folik semasa mengandung adalah salah satu faktor risiko, bersama dengan genetik dan persekitaran.


Kajian menunjukkan bahawa sehingga 72% daripada kes kecacatan tiub saraf boleh dielakkan dengan supplemen  vitamin ringkas iaitu asid folik.



Jika Saya Ingin Hamil Ataupun Saya Sedang Hamil Sekarang Ini, Berapakah Jumlah Asid Folik Yang Saya Perlukan?


Anda dinasihatkan mengambil sebanyak 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil.


Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.


Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.


Apakah Sumber Makanan Yang Terbaik?


Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua.



Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat :


Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:


bayam, 1 cawan;
kacang bendi, setengah cawan;
asparagus, setengah cawan;
lentil, setengah cawan;
hati, 1 keping;
11 batang taugeh brussels;
kacang mata hitam, 4 sudu makan;
emping bran, 7 sudu makan;
germa gandum, 25g / 1 aun;
betik sederhana besar.


Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:


brokoli kukus, 2 pucuk;
buah oren saiz besar;
nasi putih, setengah cawan;
oat, setengah cawan;
kacang merah, setengah cawan;
jagung saiz besar, 1;
biji bunga matahari, 1 aun.


Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.


Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak atau disimpan terlalu lama.


Adalah menjadi satu cabaran bagi kebanyakan kaum wanita untuk mengambil tahap asid folik yang disyorkan melalui diet ini sahaja. Jadi, cara yang paling mudah dan boleh dipercayai untuk memastikan bahawa anda mendapat amaun asid folik yang betul adalah melalui supplement.



Jika Saya Ingin Hamil, Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Mengambil Asid Folik?


Sebaik-baiknya 3 bulan sebelum hamil. Tetapi anda tidak tahu bilakah masa yang tepat anda akan hamil, bukan? Jadi sebaik-baiknya, mulakan pengambilan asid folik hari ini.



Mengapakah Saya Perlu Mengambil Asid Folik Sebelum Hamil?


Ini kerana kecacatan perkembangan bayi yang belum lahir, berlaku dalam tempoh 28 hari pertama kehamilan, sedangkan pada masa itu, kebanyakan wanita belum menyedari bahawa mereka sedang hamil.


Pengambilan amaun asid folik yang tepat pada masa yang tepat, boleh menghalang kecacatan serius tiub saraf.


Jadi, kenapa ambil risiko? Ambillah supplement yang lengkap dengan asid folik sebaik sahaja anda membuat keputusan untuk hamil.



Supplement Shaklee Yang Manakah Yang Lengkap Dengan Asid Folik Dan Sesuai Untuk Saya?


Jika anda ingin hamil, Uni cadangkan anda mengambil supplement yang paling asas iaitu B-Complex with Folic Acid dan Vitalea.



B-Complex Shaklee lengkap dengan asid folik sebanyak 200 mcg, manakala Vitalea juga mengandungi asid folik sebanyak 200 mcg, dan jumlah kedua-dua ini mencapai keperluan minimum asid folik yang diperlukan oleh wanita yang ingin hamil / sedang hamil.


Vitalea juga dilengkapi dengan Iron (Zat Besi) yang membantu penghasilan sel darah merah yang sihat dan meningkatkan jumlah hemoglobin yang penting bagi ibu yang sedang hamil supaya tidak mudah pitam atau menghidap anemia. Menjaga jumlah hemoglobin dalam darah adalah sangat penting kerana ia melibatkan bayi yang dikandung.


Kedua-dua B-Complex dan Vitalea ini sangat saya rekemenkan untuk anda yang ingin hamil ataupun sedang hamil.


Selain itu, boleh add on Vitamin C, ESP, Ostematrix dan Omega Guard, kesemua ini adalah set lengkap dan terbaik untuk kehamilan :)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan

POS : Seluruh Malaysia setiap hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)