Followers

Sunday, July 22, 2018

Garlic Complex : Khasiat Bawang Putih Premium Penuh Khasiat

Kredit : Carian Google


Bawang putih (garlic) sering kita temui sebagai antara bahan ramuan asas dalam masakan. Bawang putih biasanya dihiris halus-halus, dicindang ataupun diketuk / ditekan dengan pisau sebelum ditumis. Aroma bawang putih  yang ditumis sememangnya sangat menyegarkan.


Bawang putih dikenali oleh kerana pelbagai khasiatnya iaitu sebagai anti bakteria dan didapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit darah tinggi, serangan jantung dan juga kanser. Menjadi satu budaya di Korea di mana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil.


Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain menyatakan ianya dapat mengurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk.


Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.


Persoalannya, berapa banyak bawang putih yang perlu kita makan setiap hari dan bolehkan kita menelan bawang putih begitu sahaja? Jika mengambil bawang putih begitu sahaja, tidak dapat dipastikan berapakah kuantiti yang cukup yang perlu diambil. Malahan lagi, tidak semua orang boleh memakan bawang mentah begitu sahaja kerana baunya yang agak menusuk.


Penyelesaiannya, ambillah Garlic Complex Shaklee kerana ia adalah rumusan bawang putih premium, bebas daripada racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA pada musim panas. Garlic Complex ini adalah dalam bentuk tablet yang mudah ditelan.




Garlic Complex dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif).



Apa Itu Allicin?


Allicin ialah fitokimia yang dijumpai dalam bawang putih. Apabila bawang putih dihiris, dihancurkan atau dicincang, asas komponen sulfur dalam bawang putih akan bercampur dengan enzim lalu membentuk Allicin.


Allicin berwarna kekuningan dan berminyak dan ini yang menyebabkan bawang putih mempunyai bau yang agak kuat dan menusuk. Sifat Allicin yang pelbagai menawarkan pelbagai faedah kesihatan antaranya sebagai antikulat, antimikrob, antioksidan dan antiradang.


Untuk Garlic Complex, dwi teknologi telah digunakan untuk mengawal bau bawang putih. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil daripada kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif bawang putih dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.


Setiap 2 tablet Garlic Complex membekalkan 1000 mg ekstrak bawang putih tulen yang menyamai dengan 2 ulas bawang putih segar.


Apakah Manfaat Utama Garlic Complex*?


1) Mengandungi Spearmint

- Mempertingkatkan sistem penghadaman iaitu mengatasi masalah kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H. pylori dan menghalang ulser gastrik
- Mempertingkatkan sistem jantung


2) Antibiotik Yang Selamat Dan Semulajadi

- mempertingkatkan sistem imun tubuh
- menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida


3) Menghalang Alergi

- Mempertingkatkan pertahanan sistem imun terhadap penyakit seperti hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis


4) Menstabilkan Tekanan Darah Tinggi

- Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet Garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point


5) Detoksifikasi

- Mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah.
- Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia


6) Menurunkan Kolesterol

- Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserida dan kelikatan darah
- Mengurangkan pembekuan darah
- Meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok serta penyakit koronari


7) Mencegah Kanser

- Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser iaitu Nitrosamine


8) Menstabilkan Glukos

- Menolong menstabilkan glukos di dalam darah kita


Oleh sebab begitu banyaknya khasiat bawang putih ini, apa kata kita mula mengambil Garlic Complex, sebagai alternatif kepada bawang putih biasa. Nak cuba? Jom hubungi Uni untuk pembelian :)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)