Followers

Sunday, July 22, 2018

5 Jenis Sembelit, Anda Yang Mana Satu?


Sembelit bermaksud kesukaran untuk membuang air besar. Berasa untuk membuang air besar tetapi najisnya tidak boleh keluar. Apabila berlaku keadaan sebegini, kita akan rasa serba tidak kena hingga boleh jadi sampai berpeluh-peluh, marah, serba tak kena dan terseksa!


Kredit : Carian Google


Jika ada yang mengalami masalah sembelit seperti ini, bermakna pergerakan usus adalah tidak normal. Perlu diketahui bahawa kekerapan membuang air besar adalah berbeza bagi setiap individu dan percayalah, hampir semua orang pernah mengalami masalah sembelit pada suatu ketika dalam kehidupan mereka.


Bezanya, adakah masalah sembelit ini selesai, masih berterusan ataupun berulang kembali?


Kekerapan membuang air besar yang sebaiknya adalah pada setiap hari. Ini kerana kita makan pada setiap hari maka seharusnya kita juga membuang air besar pada setiap hari.


Namun begitu, jika tiada sebarang pergerakan usus melebihi tiga hari, najis akan mengeras dan menyebabkan ia sukar untuk dibuang.


Terdapat 5 keadaan yang menyebabkan masalah sembelit, yang mana satukah yang melibatkan anda?


1) SEMBELIT AKIBAT PENUAAN

Ramai orang beranggapan, proses penuaan ditunjukkan melalui kehadiran kedutan di wajah serta masalah pergerakan yang melibatkan sendi, tulang dan otot, tetapi ramai yang tidak tahu bahawa sistem pencernaan kita juga turut terkesan akibat penuaan.


Seiring dengan peningkatan umur, pergerakan beritma semulajadi saluran pencernaan (menelan dan peristalsis) akan menjadi semakin lemah. Oleh itu, pemakanan seimbang adalah penting untuk memelihara pergerakan usus yang baik.


Makan secara berlebihan ataupun terlalu kurang tidak akan memberi sebarang manfaat kepada sistem penghadaman.


Untuk mencegah masalah sembelit yang diakibatkan oleh penuaan :


- amalkan pemakanan seimbang dan lebihkan makan yang tinggi dengan fiber, sayuran-sayuran dan buah-buahan.


- kurangkan pengambilan karbohidrat yang diproses


- tingkatkan pengambilan bijirin penuh yang mampu menghasilkan sisa yang lebih selepas dicerna. Ini penting untuk meningkatkan pergerakan peristalsis usus.


- Hadkan pengambilan daging.


- Elakkan pengambilan protein secara berlebihan



2) SEMBELIT KOLAR PUTIH

Masalah sembelit ini melibatkan mereka yang banyak bekerja di pejabat (pekerja kolar putih). Ini adalah disebabkan oleh tekanan yang tinggi di tempat kerja serta waktu makan yang tidak konsisten.


Cara untuk mengelakkan sembelit :


- jangan tahan / jangan lengah-lengahkan jika terasa ingin membuang air besar. Segera ke bilik air.


- walaupun sibuk dengan kerja, pastikan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


- elakkan duduk di kerusi pejabat untuk satu tempoh yang lama. Berdirilah dan berjalanlah di sekitar meja untuk seketika bagi mengelakkan ketegangan otot akibat duduk terlalu lama.


- jika jadual kerja terlalu padat sehingga mengganggu waktu makan, ambillah ESP supaya perut berasa kenyang untuk tempoh yang lama.


- elakkan pengambilan makanan segera dan minuman berkarbonat ketika waktu rehat.



3) SEMBELIT DI KALANGAN KANAK-KANAK

Masalah sembelit di kalangan kanak-kanak selalu terjadi kerana kurang pengambilan air masak serta tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi.


Cara untuk mengatasi masalah sembelit di kalangan kanak-kanak :


- banyakkan meminum air masak dan makan makanan sihat secara berkala


- banyakkan bersenam untuk membantu melancarkan pergerakan peristalsis usus.


- elakkan pengambilan makanan ringan


- ajar anak untuk terus ke bilik air apabila mereka berasa ingin membuang air besar. Jangan ditahan-tahan.


- pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran diambil oleh mereka. Untuk anak-anak yang cerewet makan (picky eater), tidak makan buah dan sayur dan mengalami masalah sembelit, boleh cuba berikan Meal Shakes.


- jangan terlalu memberi tekanan kepada anak, kerana tekanan juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan sembelit!



4) SEMBELIT SEMASA KEHAMILAN

Hormon yang dihasilkan semasa kehamilan menyebabkan otot usus menjadi kurang aktif dan pergerakan usus menjadi lembat sekaligus menyebabkan makanan berasa di usus dengan lebih lama.


Hal ini akan membawa kepada masalah sembelit dan jika tidak dielak akan menjadi buasir.


Cara untuk mengatasi masalah sembelit di kalangan ibu hamil :


- kekal aktif semasa hamil dengan bersenam secara berkala. Dapatkan panduan daripada mereka yang bertauliah untuk mengetahui jenis senaman yang sesuai dan selamat untuk ibu hamil. Senaman membantu menggalakkan pergerakan usus yang lebih sihat.


- tingkatkan pengambilan serat dengan pengambilan bijirin bijian penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu untuk membuang sisa makanan dengan lebih mudah.


- pengambilan kalsium yang mencukupi juga adalah penting untuk pergerakan usus. Boleh juga mengambil Ostematrix kerana selain daripada sumber kalsium, magnesium dan Vitamin D, Ostematrix juga membantu melancarkan pembuangan air besar.



5) SEMBELIT SEMASA BERPANTANG

Sebaik sahaja selepas melahirkan anak dan berpantang, kebanyakan ibu-ibu takut untuk mengambil air masak dalam kuantiti yang banyak kerana dikhuatiri akan menyebabkan luka jahitan bersalin normal  / pembedahan lambat sembuh atau atas sebab-sebab yang lain.


Sedangkan, pengambilan air sekurang-kurangnya 3 liter sehari sangat penting untuk memberi tenaga kepada ibu untuk melalui tempoh berpantang dan juga dapat menyusukan anak yang dilahirkan dengan lebih baik.


Jika takut luka bersalin lambat baik, boleh amalkan pemakanan yang tinggi dengan kandungan zinc kerana zinc dikenali dengan fungsinya untuk membantu penyembuhan luka. Zinc terdapat dalam Vitalea Iron Formula.


Pengambilan air yang tidak mencukupi akhirnya menyebabkan masalah sembelit di kalangan ibu-ibu yang sedang berpantang. Juga rasa takut ingin meneran kerana takut jahitan luka terbuka semula.


Cara mengatasi masalah sembelit semasa berpantang :


- pastikan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


- pengambilan susu sebagai sumber kalsium adalah penting untuk meningkatkan pergerakan usus. Jika tidak boleh / sukar meminum susu, boleh ambil Ostematrix, yang ini sangat-sangat berkesan, ramai ibu sudah beroleh manfaatnya :)


- mesti makan buah dan sayur walaupun ketika berpantang


- ambil Zinc Complex untuk membantu penyembuhan luka dan ambil Ostematrix untuk memudahkan membuang air besar dengan lancar. Jadi tiadalah lagi masalah takut untuk meneran.


Jika anda mengalami masalah sembelit, berikut adalah produk Shaklee yang Uni cadangkan untuk mengatasi masalah ini :

Untuk Dewasa : Ostematrix atau Herblax








Untuk Kanak-kanak : Meal Shakes





Tak pasti yang mana sesuai untuk anda atau yang tersayang? Jangan risau, jom whatsapp Uni untuk dapatkan konsultasi eksklusif :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)