Followers

Monday, July 30, 2018

11 Panduan Tidur Lena Bagi Ibu Hamil


2 kali kehamilan sebelum ini, ada masanya Uni rasa serba tidak kena sewaktu hendak tidur malam. Semasa awal kehamilan, masih okay, namun semakin kandungan membesar, jadi serba tak kena sehinggakan kadang-kadang tak boleh nak tidur.


Selalunya bila jadi macam ni, Uni akan minum segelas milo suam, barulah rasa lega dan boleh tidur lena.


Ibu-ibu yang hamil ada tak masalah untuk tidur lena?



Kalau ya, jangan risau.


Ini dia Uni kongsikan 11 Panduan Tidur Lena Bagi Ibu Hamil. Semoga ia membantu untuk mendapatkan tidur yang lebih lena :)


1) Susu / Minuman panas / Minuman suam

Seperti yang Uni nyatakan tadi, meminum segelas susu / minuman panas / minuman suam akan membantu untuk mudah tidur. Kadang-kadang kita rasa lapar tapi bukan lapar sangat. Rasa haus tapi bukanlah haus sangat. Cuma rasa nakkan sesuatu untuk ditelan supaya dapat tidur.


Jadi, jangan pula cari makanan berat atau makanan segera. Hanya perlu minum segelas susu / minuman panas / minuman suam, in shaa Allah selepas itu anda pasti tidur lena.


2) Bantal peluk / Support pillow untuk ibu hamil

Untuk Uni, Uni perlukan satu bantal untuk dipeluk dan satu bantal lagi untuk diletak di belakang badan sebagai sokongan untuk badan yang semakin memberat. Ia juga ibarat sokongan untuk perut yang semakin membesar.


Selain itu anda juga boleh mendapatkan support pillow khusus untuk ibu hamil. Bantal ini berfungsi untuk menyokong perut dan belakang badan sekaligus.


3) Pakaian yang sesuai

Pakailah pakaian yang longgar yang agar ia mudah menyerap peluh semasa tidur dan anda juga berasa selesa. Ada juga jenis material yang membuatkan kita berasa panas semasa tidur, elakkan jenis pakaian sebegini kerana ia mengganggu kita untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti.


4) Suhu bilik terlalu panas atau terlalu sejuk

Jika suhu bilik terlalu panas, anda akan mudah berpeluh-peluh dan basah sekaligus membuatkan sukar untuk tidur. Apatah lagi sewaktu hamil, suhu badan memang akan meningkat daripada biasa (ibu hamil mudah rasa panas).


Jika suhu bilik terlalu sejuk pula, boleh menjadikan ibu hamil menggigil-gigil dan tidak selesa sewaktu tidur. Jadi pastikan suhu bilik sentiasa nyaman yang sesuai dengan anda, tidak kiralah sama ada menggunakan kipas ataupun penghawa dingin.


5) Bau losyen yang lembut dan menenangkan

Selain daripada berfungsi untuk melembapkan kulit, sesetengah losyen biasanya dilengkapi dengan bau-bauan yang lembut seperti lavender, rose, chamomile dan sebagainya, yang boleh membangkitkan mood tenang dan bersedia untuk tidur.


Apa kata sapukan losyen ke bahagian tangan dan lengan dan pejamkan mata sambil menikmati aromanya? Sedar-sedar nanti rupanya anda sudahpun terlelap :)


6) Suasana bilik terang atau gelap

Ada ibu hamil yang suka tidur dalam suasana bilik terang benderang. Ada pula yang suka tidur dalam bilik yang dimatikan suis lampunya. Ada pula yang matikan suis lampu bilik tidur tapi membuka lampu di bilik air ataupun lampu di meja kecil untuk pencahayaan yang minima dan malap.

Apapun, pilih suasana yang anda suka yang boleh membantu anda untuk dapatkan mood untuk tidur.


7) Urutan sebelum tidur

Ha, yang ini memang betul. Uni dulu semasa hamil, sangat suka request suami untuk urut kaki Uni sebelum tidur. Penat berjalan ke sana ke mari, bila sahaja diurut kaki, Uni boleh tidur lena sampai ke pagi siap krohhh krohhh lagi! Hahahaha


Suami pun layankan sahaja, itu lebih baik daripada Uni mundar mandir dalam bilik sebab tak dapat tidur.


Jadi boleh cuba minta suami urutkan kaki / bahu / tangan kerana urutan ini sebenarnya menenangkan dan membantu untuk tidur lena.


8) Mandi air suam

Jika tidak boleh juga, boleh cuba untuk mandi dengan air suam. Ia dapat melegakan badan supaya bersedia untuk tidur.


9) Makan biskut

Makan biskut cicah susu / milo. Cubalah, perut anda akan berasa lebih selesa dan selepas itu anda pasti tidur lena.


10) Tinggikan bantal di bahagian kepala

Sesetengah ibu hamil dengan kehamilan yang semakin membesar, mudah berasa pedih ulu hati dan tidak boleh tidur kerana terasa asid naik ke dada.


Caranya, tinggikan bantal di bahagian kepala kerana ia membantu asid turun ke perut dan mengelakkan asid naik ke bahagian esofagus.


11) Bacaan ayat Al-Quran / zikir / muzik instrumental

Cuba pasangkan bacaan / muzik ini dengan volume yang rendah atau sederhana, cukup untuk didengari oleh telinga anda sahaja. Ia membantu untuk menenangkan jiwa dan membantu untuk mencapai alpha mode (keadaan di mana badan dan minda dalam mode tenang dan relaks) dan memberi isyarat kepada badan dan minda untuk tidur lena.



Ibu-ibu hamil sekalian, jangan lupa dapatkan Set Hamil Shaklee untuk membantu anda menikmati perjalanan kehamilan yang sihat dan menggembirakan :)


Set Hamil Shaklee terdiri daripada :


ESP, Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Ostematrix, Omega Guard


Set Hamil Shaklee membantu untuk :


Badan lebih bertenaga 

Kurang rasa penat walaupun sedang hamil

Badan kurang lenguh 

Tidur lebih lena 

Tiada lagi rasa kebas atau kejang 

Membantu masalah sembelit masa hamil 

Mengawal paras kolesterol si ibu 

Mencegah dan mengelak anemia/HB rendah masa hamil 

Menguatkan antibodi si ibu 

Mencantikkan kulit ibu dan bayi bakal lahir 


Berminat untuk dapatkan Set Hamil Shaklee dengan HARGA JIMAT? Jom terus whatsapp Uni di +60187669798 :)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)