Followers

Sunday, July 15, 2018

10 Tips Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Sehari


Pernah tak, kita tengok lauk-pauk ni ya Allah nampak sedap sangat, perut terus rasa lapar, tekak pula terus telan air liur sebab teringin sangat nak makan. Kecur!!


Sekali bila dah makan, masakan tu rasa tawar hambar. "Tak letak garam keeee?"


Begitulah pentingnya kegunaan garam dalam masakan. Nikmat sangat bila makan sesuatu masakan, cukup rasa garam semua.


Namun, hati-hati dengan kenikmatan garam yang memberikan rasa masin dan sedap ini kerana ia juga boleh menjadi punca kepada pelbagai penyakit.


Ini berikutan, kadar garam yang berlebihan di dalam tubuh akan dikeluarkan, hal ini mengakibatkan kalsium turut keluar.


Jika berterusan, akan menyebabkan osteoporosis, suatu keadaan di mana kepadatan tulang berkurangan.



Berapa Banyak Jumlah Garam Yang Kita Perlukan?

Kredit : Carian Google


Secara purata, seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada lima gram (lima ribu mg) ataupun satu sudu teh sehari termasuk garam tersembunyi.


Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semulajadi.


Selain berfungsi sebagai perisa makanan, tidak ramai yang tahu fungsi sebenar garam untuk tubuh badan.


Garam sebenarnya berfungsi untuk mengawal keseimbangan cecair dalam tubuh badan dan juga bagi fungsi otot dan saraf yang sempurna.


Garam juga diperlukan untuk membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap yang normal.


Tetapi harus diingat, pengambilan garam boleh meningkatkan tekanan darah bagi sesetengah individu yang berisiko.



FAKTA : Makanan Tinggi Kandungan Garam


1) Ejen perisa sos

- Sos berperisa seperti kicap, sos cili / tomato dan sos tiram - 1,000 hingga 5,000 mg

- Stok / kiub makanan - 3,000 mg. Setiap kiub 700 mg

- Sos salad seperti mayonis - lebih 1,000 mg

- Makanan dalam tin - 500 hingga 1,500 mg


2) Garam dalam makanan diawet

- Telur masin - 500 mg

- Ikan masin - 1,500 mg

- Buah-buahan jeruk (masin) - 1,000 mg

- Udang kering - 4,000 mg

- Belacan - 1,000 mg



10 Tips Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Sehari


1) Gunakan herba dan rempah ratus berbanding garam.


2) Tingkatkan rasa makanan dengan menggunakan bawang putih, jus lemon atau cuka.


3) Kurangkan pengambilan kentang goreng dan kekacang kerana kandungan garamnya yang agak tinggi.


4) Kurangkan pengambilan makanan dalam tin seperti sosej, burger dan kekacang.


5) Penggunaan sos juga harus dikurangkan misalnya sos soya atau sos tomato.


6) Kurangkan mengambil makanan yang diawet seperti ikan masing, udang kering, belacan dan jeruk.


7) Kurangkan pengambilan stok / kiub makanan, sos, juga sos mayonis.


8) Pilih mentega atau marjerin yang tidak bergaram.


9) Elakkan makanan segera kerana kandungan garamnya yang agak tinggi.


10) Jika ada yang berkata garam lautan lebih baik, jangan mudah terpedaya. Meskipun ada kandungan galian dalam garam lautan, ia mempunyai kandungan sodium sama dengan garam biasa.


Sumber :
1) Harian Metro, Ahad 26 September 2016
2) Bahagian Pendidikan Kesihatan, Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia



***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)