Followers

Thursday, March 1, 2018

Set Berpantang / Bersalin Shaklee Untuk Ibu Bersalin Secara Normal dan Pembedahan


Alhamdulillah, dengan 2 kali pengalaman mengandung dan bersalin sebelum ini, ingin saya kongsikan beberapa panduan untuk ibu-ibu yang bakal melalui proses bersalin tidak lama lagi :)


Semasa saya hamil anak yang sulung, saya langsung tiada pengetahuan tentang ini. Pada masa itu, saya bukanlah seorang yang aktif melayari internet dan bergoogle, masa banyak dihabiskan dengan kerja kerja dan kerja sahaja.


Hasilnya, saya hanya membeli set bersalin untuk luaran sahaja. Langsung tak terfikir tentang set bersalin dalaman. Semua saya serahkan kepada ibu mertua kerana saya berpantang di rumah ibu mertua untuk tempoh 2 minggu pertama selepas bersalin.


Di sana, jamu yang disediakan maka jamu lah yang saya telan.


Apabila mengandung untuk kali kedua, pun masih tidak aktif berinternet, hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk bersalin, baruuuuuulah saya rajin-rajinkan diri google info itu info ini.


Aduhai, ruginya!! Banyak info yang saya terlepas! Masa itulah baru saya tahu adanya Set Hamil Shaklee. Saya consume juga Set Hamil Shaklee walaupun di akhir kehamilan. ESP adalah pilihan pertama saya :)



Jadi, Bilakah Masa Yang Tepat Untuk Membeli Set Berpantang?


Sebaik-baiknya apabila kandungan berusia 24-26 minggu, ibu-ibu sudah mula membuat survey set berpantang luaran dan dalaman yang ingin digunakan selepas bersalin nanti.


Survey dari segi keperluan nutrisi, harga, cara pengambilan dan paling penting, dapatkan konsultasi lengkap daripada penjual.


Kemudian, buatlah kira-kira yang bersesuaian dengan poket ibu dan ayah. Pengalaman saya, memang kita sebagai ibu, kita nak semua serba baru serba serbi kita nak, jika kita mampu, boleh terus berbelanja, tapi jika kita ada bajet yang terhad, di sini pentingnya membuat kira-kira.


Tapi walau apapun, jangan kompromi akan kesihatan ibu dan anak ya. Yang ini mesti berikan yang terbaik untuk hasil yang optimum :)


Kemudian, apabila kandungan mencecah 28-30 minggu, bolehlah membeli set berpantang / bersalin tersebut.


Untuk luaran, ada banyak jenama yang bagus-bagus di pasaran. Saya pula memilih Tanamera dan sangat berpuas hati :)


Untuk dalaman, pun ada banyak jenama yang bagus-bagus di pasaran. Tapi saya cadangkan ibu-ibu memilih Shaklee kerana ia lengkap dengan nutrien yang badan kita perlukan selepas berhempas pulas berjuang melahirkan anak di labour room. Badan dah letih dah penat. Kita nak kembali pulih bertenaga dan cepat sihat, betul tak?


Paling penting, supplement Shaklee ini selamat dan berkesan. No worries okey.


p/s : Set Berpantang = Set Bersalin



Apa Yang Ada Dalam Set Berpantang / Set Bersalin Shaklee?


Set Berpantang Shaklee


VitaLea (Multivitamin)

Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang.

Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar didapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan.

Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral.

Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.



Vitamin B Complex Dengan Asid Folik

Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan.

Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang.

Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah.

Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.

Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah.



Sustained Release Vita-C Plus 

Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka.

Membaik pulih sel dan tisu yang rosak.

Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya.

Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit.

Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit.

Pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut. Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.



ESP – Susu Soya Protein

ESP Susu Soya Protein baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi.

Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP Susu Soya Protein.

Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman.

Mencantikkan kulit, pengambilan berterusan boleh membantu memudarkan stretchmarks.

Memejalkan otot.

Membantu dalam penurunan berat badan.

Membantu menambah penghasilan susu ibu.

Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.



Ostematrix (Kalsium)

Ostematrix adalah kalsium.

Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil.

Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit.

Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang.

Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi.

Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi, mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang.

Membantu penghasilan susu ibu yang banyak.

Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu.


Paling bagus, set ini sangat sesuai diambil oleh ibu-ibu yang bersalin secara normal dan juga pembedahan. No restriction.


Boleh add on selepas habis berpantang :


Alfalfa Complex

Membantu menggalakkan penghasilan susu ibu (milkbooster)

Sebagai jamu moden untuk mengatasi masalah kedinginan seksual selepas bersalin

Berfungsi sebagai agen detoks dan membantu menurunkan berat badan ibu secara sihat



Omega Guard

Membantu mengawal selera makan agar berat badan tidak naik melampau sepanjang tempoh menyusukan anak

Membantu membakar lemak dan kolesterol

Menajamkan daya ingatan dan memori ibu kerana Omega Guard kaya dengan DHA dan EPA untuk kesihatan otak



Berminat hendak mendapatkan Set Berpantang / Set Bersalin ini? Sudi-sudilah hubungi saya seperti detail di bawah :)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Ingat Shaklee, Ingat Uni :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)