Followers

Wednesday, July 18, 2018

Risiko Chicken Pox Sewaktu Hamil


Chicken Pox atau cacar air adalah jangkitan virus yang dipanggil "Vericella". Selepas dijangkiti, pesakit selalunya akan mengalami ruam yang kemerahan berbentuk seperti jerawat dan timbul seakan-akan gelembung air.


Sebelum itu, pesakit selalunya akan mengalami demam dan sakit di seluruh badan. Kajian menunjukkan 95% wanita apabila menjangkau dewasa sudah kebal terhadap jangkitan ini. Tetapi bagaimana pula sekiranya virus ini berjangkit kepada ibu hamil?

Chicken pox sewaktu hamil
Kredit : Carian Google


Jika usia kehamilan anda di bawah 20 minggu, doktor mungkin tidak mengesyorkannya kerana terdapat risiko ubat tersebut membahayakan bayi dalam kandungan. 


Menghidap cacar air semasa hamil tidak meningkatkan risiko keguguran dalam trimester pertama tetapi masalah mungkin berlaku jika virus ini menjejaskan bayi anda semasa dalam kandungan atau semasa baru dilahirkan.


Antara masalah yang dihadapi :
  • kecacatan semasa lahir seperti parut dan anggota badan yang pendek
  • masalah saraf berkaitan masalah dalam sistem pembuangan dan mungkin agak lewat perkembangannya

Cacar air boleh membahayakan bayi anda bergantung kepada masa anda dijangkiti virus tersebut:

  • sebelum minggu ke-13 : risikonya sangat rendah dan hanya beberapa peratus bayi menerima kesan sampingannya
  • antara minggu ke-13 hingga minggu ke-20 : risikonya meningkat sedikit sehingga kurang daripada 1% bayi yang terjejas
  • antara minggu ke-20 hingga ke-36 kehamilan : bayi anda berkemungkinan besar tidak akan terjejas. Namun bayi anda mungkin akan terkena virus Chicken Pox ini dalam beberapa tahun pertamanya
  • selepas minggu ke-36 : risikonya meningkat sekali lagi. Jika anda dijangkiti pada masa ini, maka bayi anda mempunyai satu dalam dua kemungkinan turut dijangkiti tetapi simptom-simptomnya mungkin tidak muncul kerana pelalian dalam badan anda telah disalurkan kepadanya
  • jika anda mendapat cacar air dalam masa 7 hari sebelum atau selepas bersalin : bayi anda berada dalam risiko yang serius kerana dia tidak akan menerima banyak antibodi daripada anda untuk meningkatkan sistem imunnya

Bagaimanakah Untuk Mengetahui Sekiranya Bayi Telah Dijangkiti Chicken Pox?

1) Ujian amniosintesis boleh menunjukkan sama ada terdapat tanda-tanda virus cacar air dalam cecair amnion (air ketuban) anda tetapi ini tidak bermakna bahawa bayi anda akan menghidap cacar air di dalam uterus.


2) Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh dijalankan di antara minggu ke-16 hingga minggu ke-20 kehamilan untuk memeriksa organ-organ penting bayi anda berada dalam keadaan sihat.


3) Doktor juga dapat melihat anggota badan dan otak bayi anda sedang berkembang seperti sepatutnya. Walau bagaimanapun, imbasan ultrabunyi tidak dapat mengesan setiap jenis kecacatan. Namun, imbasan ini bukanlah satu jaminan bahawa bayi anda tidak terjejas oleh virus tersebut.


4) Anda perlu menunggu sehingga 5 minggu selepas dijangkiti sebelum memeriksa keadaan bayi melalui imbasan ultrabunyi kerana ia mungkin tidak kelihatan sebelum itu.


Langkah-Langkah Pencegahan

1) Jika anda tidak pasti sama ada anda pernah mendapat cacar air ataupun belum, anda boleh menjalankan ujian darah untuk memeriksa sekiranya anda mempunyai antibodi terhadap cacar air. Lebih cepat ujian ini dilakukan selepas pendedahan terhadap virus ini lebih baik, kerana keputusan makmal mungkin mengambil masa di antara 24 hingga 48 jam.


2) Jika keputusannya menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai antibodi terhadap virus ini, ini bermakna anda tidak imun dan bergantung kepada bagaimana dan bila anda terdedah kepada virus ini, ada risiko yang serius bahawa anda telah dijangkiti. Doktor akan mencadangkan supaya anda mengambil suntikan vaksin zoster imun globulin (VZIG) untuk melindungi anda dan bayi anda.


3) VZIG akan mengurangkan risiko jangkitan tetapi anda perlu mengambilnya dalam masa 10 hari selepas terdedah dengan virus tersebut untuk memastikan ia berkesan. Jika anda masih mendapat ruam, maklumkan perkara ini kepada doktor anda secepat mungkin.


4) Sekiranya dalam masa 3 minggu atau lebih selepas mengambil VZIG, anda bersentuhan sekali lagi dengan seseorang yang menghidap cacar air atau kayap, anda mungkin perlukan satu lagi dos vaksin tersebut.


Sumber :

Majalah Ibu & Anak Ogos 2015


***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan

POS : Seluruh Malaysia setiap hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)