Followers

Saturday, March 3, 2018

Kenapa Wajib Ambil Sarapan Setiap Pagi?




Tengah cari gambar nak dimasukkan dalam post ini, terjumpa pulak gambar ni. Tergelak sorang-sorang. Betul jugak apa yang ditulis tu kan. Hehehehe..


Saya, sejak dari kecil memang diajar untuk bersarapan sebelum ke sekolah. Tak boleh biarkan perut kosong, nanti masuk angin, nanti kena gastrik pulak. Kalau dah kena gastrik, memang berguling lah jadinya, sampai keluar air mata. Punya lah sakit.


Jadi bila saya dah berkeluarga, saya pun terapkan perkara yang sama kepada anak-anak. Mesti sarapan setiap pagi. Tapi bezanya, bukanlah makan nasi lemak setiap hari atau heavy breakfast sampai tersandar kekenyangan tak boleh buat apa-apa kerja.


Paling simple, sarapan dengan roti. Roti bakar, roti sapu butter, roti cicah minuman panas, sandwic atau apa sahaja yang berasaskan roti.


Nak tahu tak kenapa kita wajib bersarapan setiap pagi?


1) Memenuhi Nutrisi Yang Diperlukan Badan Seharian

Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.


Namun perlu diingatkan, kita juga perlu elakkan pengambilan nasi sebagai sumber karbohidrat kerana ianya dianggap sangat 'berat' dan mampu membuatkan kita mudah mengantuk dan kelesuan.



2) Kurangkan Berat Badan

Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.


Nah, ini merupakan info yang baru. Bagi sesetengah orang, mereka beranggapan jika makan sarapan pagi mampu menaikkan berat badan.


Ada juga yang beranggapan, perlu ambil dengan kuantiti yang banyak kerana pembakaran kalori memerlukan banyak makanan.


Tidak, ianya satu pemahaman yang salah. Sepatutnya makan pagi perlu diambil dengan kuantiti yang sedikit tetapi dikerapkan pengambilannya, ini kerana proses pembakaran kalori berlaku setiap waktu dan bukan hanya sekali bakar sahaja.



3) Tingkatkan Daya Tumpuan

Ketika kita bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hari sebelumnya.


Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, kita akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.


Jika kita bekerja dalam sektor yang berat seperti di ladang, di sawah dan di site, pastikan pengambilan glukosa ditingkatkan atau diambil secara kerap kerana kerja-kerja berat seperti ini memprcepatkan proses pembakaran glukosa.


Glukosa yang dibakar akan menjadi tenaga yang akan digunakan seharian.



4) Cegah Sakit Jantung

Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan.


Penyerapan kolesterol ini sekaligus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.


Ada masanya, saya gemar bersarapan dengan sesuatu yang cepat dan mudah disediakan. Tak mahu berlama-lama di dapur, sebab waktu pagi adalah waktu yang sangat produktif untuk memulakan kerja online bisnes :)


Jadi pilihan saya ialah ESP! :)


Saya suka shake ESP dengan air masak campur tamar cocoa. Rasanya just nice, pastinya kurang manis dan paling best, mengenyangkan perut sampailah ke tengahari.





Selain shake ESP dengan tamar cocoa, ada pelbagai lagi resepi penyediaan ESP yang enak lagi berkhasiat.


Jom dapatkan ESP anda hari ini, hubungi saya untuk info lanjut dan tempahan :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Ingat Shaklee, Ingat Uni :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)