Followers

Monday, March 5, 2018

Guna Basic H Untuk Cuci Kasut Sekolah Anak


Sejak anak Uni Haziq mula bersekolah tadika pada usia 4 tahun, sekolahnya telah menetapkan untuk memakai kasut putih.


Pada masa itu Uni meminta kelonggaran untuk Haziq memakai kasut hitam dan Alhamdulillah permintaan Uni diluluskan. Mungkin kerana pada masa itu Haziq bersekolah di tadika jenis rumah kedai (tingkat atas) jadi kasut sekolah putih atau hitam tidak menjadi masalah.


Masuk usia 5 tahun dan bertukar ke tadika lain, Haziq dah mula lasak. Di tadika baru, memang ditetapkan mesti memakai kasut putih sahaja, no excuse. Jadi tahu-tahu sahajalah apabila anak seusia Haziq memakai kasut sekolah berwarna putih, balik aje dari sekolah, kasutnya dah tak berapa putih lagi.


Mencuci kasut sekolah sebenarnya bukan satu masalah besar. Basuh dan jemur aje sampai kering. Kemudian kapur sampai putih seppo (bak kata orang Kelantan).


Masalahnya nak menanggalkan kotoran di kasut bukan semudah membasuhnya begitu sahaja. Nak menyental kotoran menggunakan berus pun boleh tahan juga tau. Ambil masa juga.


Jadi untuk menjimatkan masa (Uni memang suka apa sahaja kaedah yang menjimatkan masa, hehehe...), Uni rendam kasut sekolah Haziq dalam Basic H dan sabun untuk tempoh 2-3 jam (masa ni boleh buat kerja rumah yang lain), lepas tu baru Uni berus.


Hasilnya sangat mengujakan!!!




Kotoran dah hilang, apabila saya sental dengan berus, tak perlu lagi beriya-iya menyental macam dulu. Jadi Mama tetap maintain cantik sambil membasuh kasut sekolah anak. Hahahaha... :)


Berus sikit-sikit aje lepas tu siap. Terus jemur di bawah teriknya mentari, lepas tu kapur sampai putih mengikut standard yang diinginkan.


Kenapa Uni suka sangat guna Basic H untuk mencuci kasut sekolah anak?

- hanya perlu guna sedikit sahaja Basic H, jimat

- walaupun sedikit, sangat berkesan menanggalkan kotoran pada kasut

- tak perlu berpeluh-peluh beriya-iya menyental kasut sekolah

- kasut lebih bersih selepas direndam, kerja mencuci jadi lebih mudah

- jimat masa. I kan busy alwaysss... Hehehehe...



So untuk ibu-ibu semua, lepas ni mesti pastikan ada stok Basic H di rumah tau. Bukan aje untuk cuci kasut sekolah anak, Basic H ni ada 1001 kegunaannya yang lain (yang ni Uni cerita di lain entry ya).


Siapa yang tak ada Basic H di rumah ni, memang rugi!


Bayangkanlah kalau ada anak 4-5 orang yang perlu kita cuci kasut sekolah mereka setiap minggu. Larat ke nak menyental dan berlama-lamaan mencuci kan?


Kalau ada Basic H yang boleh memudahkan kerja dan menjimatkan masa, apa salahnya cuba kan? No harm pun sebab Basic H diperbuat daripada kelapa dan jagung, no chemical chemical okay :)


Jadi kalau nak dapatkan Basic H dengan harga special, whatsapp Uni di +60187669798 ya. Dengan Basic H, kerja jadi lebih mudah dan pastinya menjimatkan masa! :)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)