Followers

Friday, November 17, 2017

Stretchmarks Selepas Bersalin


Actually Uni tak pernah tau pun pasal stretchmarks.

Cuma masa pregnantkan Haziq dulu, ramai kawan cakap lepas bersalin nanti perut akan jadi berkerut / berkedut dengan line-line hitam dan itulah namanya stretchmarks.

Sebab sebelum ni perut dah meregang dah stretched, then bila baby keluar, perut akan kembali kembali mengempis tapi menggeleber plus ada stretchmarks.

So pergilah ke farmasi beli sebotol Bio O** dan sapu kat perut ni dengan harapan setinggi gunung moga takde stretchmarks di perutku (kalau google image stretchmarks macam tak sanggup je rasa nak tengok).

Tapi, walaupun dah beli sebotol Bio O** dengan harga yg agak pricey, uni tak rajin jugak menyapunya, entah kenapa. I feel malas to do so walaupun tau, ini salah satu ikhtiar utk kurangkan stretchmarks.

Doktor yg uni pergi check up bulan2 tu siap pesan, katanya - "tak semua wanita akan ada stretchmarks lepas bersalin. Depends pada beberapa faktor juga. Tapi kalau puan nanti ada stretchmarks selepas bersalin, puan harus rasa bersyukur, kerana dari rahim puan telah lahir seorang lagi umat nabi Muhammad dan juga sebagai tanda puan dah merasai nikmat mengandung dan melahirkan anak. So tak perlu risau, just enjoy the journey and enjoy the moment".

Lepas dengar doktor cakap, hati rasa riang. Terus rasa - stretchmarks pun stretchmarks la, no hal.

Tapi lepas bersalin, lain pulak ceritanya.

Lepas bersalin, masuklah ke tempoh berpantang. Masih lagi rasa sakit-sakit di bawah sana. Ok fine lah tu, nama pun baru lepas bersalin kan.

Tapi ada satu hari tu, baru lepas sesi berurut waktu pagi.
Masa nak pakai bengkung tu, uni berdiri menghadap cermin. Cermin penuh.

Then masa tu lah baru nampak the real punya oh my stomach.
Menggeleber
Berkerut. 
Berkedut
Dengan segala macam garisan dan corak-corak tambahan
Kat peha pun ade juga
Yela dah meregang sebab ada sorang baby dalam perut, sekali bila baby keluar, cuba bayang perut tu jadi macamana.

Tetiba terkedu terkelu depan cermin
Tak terpakai dah bengkung tu
Sebab mata tak berkelip tengok diri sendiri
Why why why like this
Terasa diri dah tak cantik dah...
Tak cantik...Huhuhuhu..

Uni ingat kata-kata Mufti Menk di bawah ni, tapi dari satu segi Uni tetap rasa Uni perlu berusaha untuk merawat dan mencantikkan diri semula. At least Uni cuba dulu. Hilang stretchmarks atau tidak, takyah fikir dulu. Yang penting usaha dulu.



Tempoh berpantang adalah masa untuk perawatan dan pemulihan untuk ibu
Juga untuk ibu sesuaikan diri dengan suasana baru
Same goes to me
Daripada sebelum tu perut licin jer
Sekali lepas bersalin, sampai tak sanggup tengok perut sendiri kerana adanya stretchmarks
Stretchmarks tu satu hal, tapi pakej yg sekali datang dengan stretchmarks tu ialah - buat diri rasa dah tak cantik depan suami

Teringat lagi, dulu incik suami lah yg banyak bagi support
Dia kata tak kisahlah corak abstrak camne pun kat perut, dia tetap sayang
Tetap suka tetap cinta malah lagi bertambah lepas dah ada anak

Tapi being a woman ni pelik kan (hahahahadui)
Suami dah cakap gitu pun still kita rasa tak cukup
Kita tetap rasa nak cantik-cantik awesome gorgeous beautiful macam sebelum bersalin

Maka gigihlah Uni berbengkung bagai, folo semua amalan berpantang
Reason 1 - nak kempiskan perut, nak kasi fit semula, takmo geleber geleber dah
Reason 2 - nak hilangkan stretchmarks tu. Gigih juga beli segala macam losyen/krim/minyak

Selepas 2 bulan,alhamdulillah perut Uni dah kempis semula. Naik kerja dengan penuh rasa konfiden, berat turun ke 70% daripada yang asal.

Tapiiii walaupun perut dah kempis, itu stretchmarks masih setia bersamaku.

Nampaknya segala sapuan macam tak beri kesan. Last-last Uni redho jer. Stretchmarks dah jadi sebahagian dalam hidupku, dan kata-kata doktor hari tu dan juga kata-kata Mufti Menk tersemat kukuh dalam hati.

Tapiiiiii after 3 years, something happened kat stretchmarks tu..

Genap usia Haziq 2 tahun 5 bulan (a.k.a. 3 tahun), Uni pun lahirkan adiknya Aimi :)
Masa berpantang anak pertama, ambil jamu semata dan vitamin yg hospital bagi. Itu saja.
Masa berpantang anak kedua, baru lah kenal dengan supplement Shaklee set berpantang.

Amalan berpantang masih sama macam dulu
Tapi kali ni dah tak fikir sangat dah pasal stretchmarks tu
Just fikir nak cepat sihat, nak berjaya bf baby
Lagipun attention kita dah lain bila ada 2 anak :)

Sekali satu hari tu, rasanya dah 30 hari berpantang
Uni buka bengkung dan belek-beleklah diri sendiri
Sekali terfikir -"ehhhh mana pegi stretchmarks yg kat perut &peha ni?"
Yang hitam-hitam dulu tu dah pudar dah, malah dah nampak warna kulit asal (kulit asal i is coklat almaklumlah wanita melayu tapi pastinya bukan hitam-hitam garis hitam hehehe)

Apelagi, terus rasa heksaited.
Cepat-cepat panggil hasben suruh dia double konfirmkan ape yg kita lihat
Bila dia tengok - "aah dah kurang sangatlah. Macamana leh jadi camni?"

Then barulah uni tahu yg ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee yg banyak mainkan peranan. Uni minum setiap hari, pagi & petang. Air masak pun minum banyak.

Melalui pembacaan, baruuuu lah Uni tahu yang protein sangat diperlukan untuk menggantikan sel-sel lama yang rosak dengan sel yang baru dan sihat.

Protein juga merangsang pembentukan kolagen utk hasilkan kulit yang lebih cantik. Setiap 21 hari sel kulit kita akan mati.

Tapi ia akan diganti dengan sel kulit yang baru. Sel kulit yang baru ni dia akan copy rupa sel kulit yang lama.

So kalau sel kulit yang lama ni buruk, sel kulit yang baru, walaupun dia baru, dia tetap akan jadi buruk.

Protein di sini membantu repair sel kulit yang baru tapi kelihatan buruk itu, untuk menjadi cantik dan lebih sihat.

Sejak tu lah tak miss minum ESP.

Sekarang ni stretchmarks dah kurang sangat dah.

So balance-balance yang tinggal tu, Uni treasure sebagai kenangan yg Uni dah pernah mengandung dan melahirkan anak 💕.

Paling penting, ESP buat Uni rasa YAKIN DIRI DAN KEMBALI CANTIK untuk diri sendiri dan di depan suami :D

Thank you ESP!




Jom cuba ESP hari ini. Boleh contact Uni seperti details di bawah :)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Ingat Shaklee, Ingat Uni :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)