Tuesday, November 28, 2017

Shaklee Ilham Daripada Pesakit TB, Kanser




PENGASAS Shaklee, Dr Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada November 1894 di Carlisle, Iowa dan disahkan mengidap tuberculosis (TB) sehingga doktor meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berusia 8 tahun.


Berkat kesungguhan ibunya, beliau membesar dengan sihat walaupun tidak secergas remaja lain seusianya.


Berikutan masalah kesihatannya, Forrest banyak meluangkan masa membaca dan menulis sehingga mendorong minatnya terhadap science of chiropracticcare.


Beliau kemudian mendaftar ke Palmer School of Chiropractic, sekali gus menjadi kejayaan pertamanya dalam mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang dikenali sebagai Vitalized Mineral pada 1915.


Pada 1917, Forrest berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan, yang mana kesemua pesakit diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan itu mendapat sambutan dan semakin maju.


Dalam mengecapi kejayaan, beliau menerima kejutan apabila disahkan menghidap kanser dan terpaksa menjual pusat rawatannya.


Namun, beliau percaya boleh bergantung dengan kuasa penyembuhan secara semula jadi dengan hanya makan buah dan sayur segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.


Pada mulanya, kanser tidak menunjukkan tanda-tanda positif sehingga pada penghujung 1922, kansernya semakin sembuh.


Malah, kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Hasil kejayaan itu, beliau semakin yakin bahawa sel-sel sihat dalam badan berjaya mengalahkan sel kanser.


Pada 1924, Forrest sekali lagi membuka pusat rawatan menggunakan formulasi makanan tambahan, tetapi terbakar pada 1929.


Forrest menubuhkan syarikatnya pada penghujung 1955 pada usia 62 tahun dengan menjual produk suplemen.


Enam bulan kemudian, pada 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan dengan menggunakan konsep jualan langsung yang telah menjadi satu fenomena sehingga hari ini.




Forrest mengasaskan Shaklee dengan kesedaran bahawa sains dan alam semula jadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia.


Sumber :
Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/shaklee-ilham-daripada-pesakit-tb-kanser-1.763409#.Whz8vTj8E_p.facebook


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Ingat Shaklee, Ingat Uni :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)