Followers

Friday, October 27, 2017

Caragaya Kebapaan Perlu Dipelajari dan Diamalkan Terus Menerus


CARAGAYA KEBAPAAN PERLU DIPELAJARI, DIPRAKTIKKAN. AMALKAN TERUS MENERUS. JADI IBU BAPA CEMERLANG.


1. JAHIL DALAM CARAGAYA KEIBUBAPAAN. 

Kali pertama saya jadi bapa setelah lahir anak sulung saya pada tahun 1971, saya berumor 26 tahun dan telah bertugas sebagai doktor perubatan dihospital Muar.
Kemahiran dan kecekapan saya melaksanakan tanggung jawab sebagai bapa, bergantung kepada naluri sahaja. Banyak perkara tentang caragaya keibu bapaan yang saya tak tahu.
Kalaulah saya berilmu serta mahir dalam perkara tersebut, tentulah kelima2 anak saya telah jadi genius dan capai kecemerlangan. Tapi kenyataannya mereka sederhana sahaja tapi alhamdulillah masing2 telah menikmati suatu tahap kejayaan hidup dan masih ada ruang untuk mereka capai tahap lebih tinggi.



2. PENTINGNYA ZAT PEROTIN WAKTU HAMIL.

Waktu hamil isteri saya makan yang berzat dan berkhasiat. Lebih lauk sebagai sumber protein, penting bagi pertumbuhan organ2 terutama otak bayi. Dulu tak mampu beli ikan salmon atau mackerel; ikan tuna (tongkol) dan ikan terubuk dia tak suka pula.

Kesemua ikan2 tersebut dikategorikan ikan berminyak (oilyfish) yang mengandungi banyak omega3 dan DHA. iaitu bahan2 penting bagi pertumbuhan dan fungsi otak bayi.
Zaman itu harga ikan sangat murah, kita makan berbagai2 jenis ikan, tenggiri. bawal. kembung, ikan parang, ikan lidah dan lain2.

Sumber perotin lain ialah daging lembu, yang kita makan seminggu sekali.
Bila balik kampung emak akan masak ayam kampung, masak gulai ketumbar dan sop ayam. Yum yum memang lazat. Memang selera isteri saya makan ketika Hamil.

Dalam zaman mewah sekarang, wanita hamil jarang kekurangan zat protein, malah berlebihan.
Lain2 sumber protein ialah telor, kacang2 ( peanuts, badam, gajus, walnut's) , beans, makanan laut saperti udang, sotong, ketam dll.
Kacang soya dalam bentuk air soya, Tempe, tahu, miso dll adalah baik untuk ibu2 hamil.
Ada yang mengatakan minum banyak air soya ketika hamil, bayi jadi kulit puteh !!!!!!.

Munkin amalan pemakanan yang seimbang olih isteri saya, telah menghasilkan bayi sihat, cerdik otaknya sehingga jadi doktor pakar bedah sekarang.



3. VITAMINS FOLIC IRON DAN KALSIUM.

Supplements vitamins sangat penting bagi ibu2 hamil untuk meningkatkan tahap kesihatan ibu dan bayi.

Keperluan zat iron meningkat untuk bina darah dan cegah anemia,
Kalsium untuk bina tulang bayi dan untuk kuatkan tulang2 Ibu.
Folic asid untuk cegah kecacatan bayi khususnya pada otak dan saraf.

Vitamin C pun penting untuk meningkatkan immunity dan mencegah dari jangkitan kuman khususnya virus.

Alhamdulillah isteri ambil cukup bekalan supplements tersebut ketika hamil. Dia pun sihat sehingga melahirkan bayi. Bayi pun sempurna dan sihat ketika lahir.



4. JAGAAN PRENATAL SANGAT PENTING.

Ini adalah satu perkara yang teramat penting untuk menentukan keselamatan ibu dan bayi waktu kelahiran.
Kebetulan ketika isteri saya hamil, saya bertugas sebagai pegawai perubatan dijabatan obstetrics dan gynecology, hospital Muar tahun 1971 - 72.

Saya pastikan isteri saya pergi Klinik ibu mengadung ikut jadual.
Masa itu tak ada ultrasound scan, bayi dalam rahim diperiksa pakai tangan dan jantungnya didengar dengan corong fetoscope.

Pengedalian ibu2 hamil atas asas' clinical acumen'. Sekarang teknoloji moden telah banyak membantu. Setiap pemeriksaan akan disertai ultrasound scan, dan kita dah ketahui tentang bayi termasuk jantinanya sebelum lahir.

Dalam satu sesi klinik antenatal, di Muar dulu, saya sering periksa 80 ibu2 hamil. Ibu2 yang hamil sebanyak 8, 10, dan 12 kali biasa saya temui. Mereka masih nak beranak dirumah dan disambut olih bidan kampung. Komplikasi sering timbul khususnya perdarahan lepas bersalin.



5. BAYI DALAM RAHIM BOLIH DENGAR.

Setelah selesai pembentukkan jasad bayi dalam 3 bulan pertama. Allah tiupkan ruh pada bulan keempat, dan pada bulan kelima tendangan bayi dapat dirasai ibu.
Bulan keenam, Allah kurniakan pendengaran kepada bayi, dan bulan kelapan deria penglihatan.

Kalau lah saya tahu fakta2 ini pada tahun1971, tentulah saya ajar bayi dalam rahim membaca Quran, matematik, sains dan cakap bahasa jawa dan inggris.
Saya sudah terlepas peluang pada semua 5 orang anak2 saya.
Saya lihat anak bongsu saya sering mainkan tape bacaan quran ketika dia hamil dan ketika anak tidur selepas lahir. Semoga jadi anak2 yang soleh.
Bayi dalam rahim paling aktib waktu malam. Terbaik ajar dalam setengah jam sebelum Ibu tidur.


Kredit : FB Dr. Hamid Arshat


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Ingat Shaklee, Ingat Uni :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)