Followers

Friday, June 30, 2017

Tips Berdepan Masalah Jerebu



APAKAH JEREBU?


Kredit : Carian Google


Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun merupakan kesan sampingan daripada aktiviti manusia.


Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok, ianya boleh menyekat / menghalang pancaran cahaya matahari ke bumi.


Oleh yang demikian, keadaan ini mengurangkan jarak penglihatan mata kasar.


PUNCA-PUNCA JEREBU

1) Jerebu Buatan Manusia
  • Pembakaran secara terbuka (open burning)
  • Kebakaran hutam (akibat tindakan manusia)
  • Pencemaran daripada kilang
  • Pencemaran daripada kenderaan
  • Pencemaran (contoh : pembersihan tanah)
2) Jerebu Punca Semulajadi
  • Kebakaran hutan (akibat cuaca panas)
  • Habuk yang dibawa angin

Terdapat beberapa faktor lain yang diperlukan untuk mewujudkan keadaan yang sesuai untuk berlakunya jerebu.


Ini termasuklah cuaca kering yang berpanjangan, ketiadaan atau sedikit angin dan bekalan bahan pencemar di udara. Dalam keadaan sebegini, zarah-zarah di udara terperangkap, tertumpu dan tidak disebarkan atau dileraikan, dan ini menyebabkan jerebu.


Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku pada bulan-bulan Januari hingga Februari dan Jun hingga Ogos kerana cuaca pada masa-masa itu secara umumnya adalah kering dan tidak berangin. Kebakaran hutan sama ada buatan manusia atau semulajadi yang berlaku pada masa ini sering menyebabkan jerebu.



INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) / AIR POLLUTANT INDEX (API)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.


IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :


NILAI IPU: STATUS

0 - 50 : Baik

51 -100 : Sederhana

101 - 200 : Tidak Sihat

201 - 300 : Sangat Tidak Sihat

301 - 500 : Berbahaya


Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui bacaan dan tahap jerebu di tempat anda supaya dapat mengambil langkah-langkah pencegahan.


Data IPU terkini boleh diperolehi daripada laman web ini : http://apims.doe.gov.my/apims/


GOLONGAN BERISIKO TINGGI DENGAN MASALAH JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada smeua orang terutama golongan yang berisiko tinggi seperti :
  • Kanak-kanak
  • Warga emas
  • Mereka yang menghidap penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru kronik, jantung, alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah pejabat / rumah

APAKAH TANDA DAN GEJALA KESAN JEREBU KEPADA KESIHATAN?

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :
  • Terasa gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Kulit badan terasa gatal-gatal
  • Terasa sakit dada

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran anda sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


IKUTI NASIHAT BERIKUT UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

1) Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit berkaitan paru-paru kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

2) Mereka yang berada di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

3) Penutup hidung dan mulut (mask) yang bersesuaian hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.

4) Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

5) Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan, berkelah dan sebagainya.

6) Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

7) Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.

8) Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

9) Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.

Kredit :

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Jerebu.php
http://www.mysains.com/site/index.php/planet-dinamik/33-general/92-apakah-itu-jerebu


PENGAMBILAN SUPPLEMENT TAMBAHAN UNTUK BERDEPAN MASALAH JEREBU*


1) NUTRIFERON



Satu kotak Nutriferon mengandungi 30 sachet


Nutriferon adalah "immune booster" yang membantu meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh badan kita bagi melawan penyakit. Ia mengandungi ekstrak 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago yang mana kesemuanya mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.


Nutriferon ini adalah formula eksklusif dan dipaten oleh Shaklee yang hanya boleh didapati melalui Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa atau farmasi.


Nutriferon membantu mengukuhkan sistem imun dalam masa yang singkat. Apatah lagi jika anda jenis yang selalu demam, kerap diserang selsema dan mempunyai antibodi yang rendah, amatlah digalakkan untuk mengambil Nutriferon*.


2) PERFORMANCE DRINK


Satu tin Performance Drink (539 g)


Performance Drink mengandungi komponen elektrolit yang penting iaitu Na+ (Sodium), Cl+ (Chloride), Mg+ (Magnesium), Ca2+ (Calsium) dan K+ (Potasium) yang mana ia penting untuk membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan, dengan mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh.


Performance Drink memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat dan menggantikan air yang hilang serta meningkatkan daya tahan tanpa mencederakan tubuh. Yang lebih menarik, Performance Drink merupakan satu-satunya minuman isotonik yang rendah kandungan gula dan bebas karbonat (tiada gas).


3) VITAMIN C


Satu botol Vitamin C mengandungi 180 biji tablet


Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan dengan cara membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun juga menyingkatkan waktu pemulihan.


Manusia tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri. Tambahan pula, Vitamin C adalah jenis yang larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh badan. Apatah lagi, jika anda seorang yang merokok dan mudah stress, keadaan ini akan mempercepatkan lagi penyusutan Vitamin C daripada tubuh badan anda.

Dalam keadaan yang berjerebu, kita akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit jika sistem pertahanan badan sedia lemah. Ambillah Vitamin C yang diketahui sebagai antioksidan bagi menentang radikal bebas dan mengukuhkan sistem pertahanan badan.


4) VITAMIN C CHEWABLE


Satu botol Vitamin C Chewable mengandungi 90 biji tablet


Vitamin C Chewable adalah vitamin C untuk kanak-kanak yang boleh dikunyah. Penting untuk kanak-kanak mengambil Vitamin C sekiranya terdedah kepada keadaan jerebu contohnya seperti perlu ke sekolah atau aktiviti luar semasa jerebu (tiada arahan cuti daripada pihak Kementerian).


5) OMEGA GUARD


Satu botol Omega Guard mengandungi 90 biji kapsul (softgel)



Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905 mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.


Omega Guard membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Oleh yang demikian, ia amat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah seperti batuk, terasa sukar bernafas / sesak nafas serta yang mempunyai alahan kulit (gatal-gatal) iaitu keadaan yang biasa berlaku apabila jerebu.



Bertindaklah sekarang sebelum keadaan menjadi bertambah parah. Dapatkan Nutriferon, Performance Drink, Vitamin , Vitamin C Chewable dan Omega Guard untuk anda seisi keluarga hari ini juga.

Boleh hubungi Uni seperti details yang tertera di bawah :)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

2 comments:

Azlina Zabha said...

Vitamin C chew-able tu sesuai tak untuk kanak-kanak bawah 12?

Siti Munirah said...

Azlina Zabha - Vitamin C Chewable ini boleh diambil oleh kanak-kanak bermula usia 2 tahun ke atas :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)