Followers

Friday, August 24, 2018

Contoh Jadual Pam Susu Bagi Ibu Bekerja


Salah satu cabaran bagi ibu bekerja untuk kekal mengepam susu ialah - tidak mempunyai jadual mengepam susu yang tetap.


Di bawah ini Uni kongsikan contoh jadual pam susu yang saya perolehi dari google. Maaf saya dah lupa nama blog yang berkongsikan contoh jadual ini, apapun terima kasih Uni ucapkan kepada tuan punya blog kerana buat jadual yang sangat bagus, cantik dan praktikal ini :)


Jadual ini untuk ibu bekerja yang bekerja pada normal office hour.
Bagi ibu-ibu yang bekerja secara syif, boleh ubahsuai ikut kesesuaian masing-masing ya.


Kredit : Carian Google


Jadual Pam Susu ini dibahagikan kepada 3 waktu iaitu pagi, petang dan malam.

Untuk pagi, ibu-ibu disarankan untuk pam susu pada pukul 5.30 pagi, 8.30 pagi dan 11.30 pagi.

Waktu petang, disarankan pam susu pada pukul 2.30 petang dan 5.30 petang.

Waktu malam, disarankan pam susu pada pukul 8.30 malam, 11.30 malam dan 2.30 pagi.


Jika kita lihat betul-betul, jarak masa daripada satu sesi pam susu kepada sesi seterusnya ialah 3 jam.


Bermakna setiap 3 jam kita mesti pam susu. Otak kita pun secara automatiknya dah tahu, setiap 3 jam mesti produce susu secukupnya.


Jadual ini sangat bagus sebab ia mengikut konsep "more demand, more supply" bermaksud lebih banyak permintaan, maka lebih banyak susu yang akan dihasilkan.


Penat? Yes, memang penat!


Sebab tu besarnya pahala untuk ibu-ibu menyusu. Besar jugalah tanggungjawab ibu-ibu menyusu. Sebab itu juga jangan jadikan alasan penat, letih, takde tenaga untuk kita skip menyusu kepada anak.


Pastikan badan kita cukup nutrien melalui pemakanan yang seimbang dan berkhasiat supaya kita boleh menghasilkan susu yang secukupnya untuk anak kita.


Jika ada ibu-ibu yang letih dalam journey penyusuan ini, boleh dapatkan nutrisi lengkap untuk ibu menyusu di SINI.



Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

***********************************************************************

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)