Followers

Monday, July 30, 2018

2 Punca Gusi Berdarah Ketika Hamil Dan Cara Mengatasinya




Tahukah anda, mengandung merupakan proses perubahan  fisiologi  badan seseorang wanita?


Apabila mengandung, wanita akan mengalami perubahan ketara daripada aspek fizikal dan rohaninya, termasuklah kesihatan secara menyeluruh. Di dalam konteks ini, kesihatan mulut  juga tidak terkecuali di mana gusi akan menjadi lebih lembut dan sensitif.


Apabila mengandung, perubahan paras hormon estrogen dan progesteron meningkat. Peningkatan paras hormon-hormon ini mengakibatkan kesihatan gusi terjejas di mana pengumpulan plak (sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gusi dan gigi akibat daripada tidak memberus gigi dengan berkesan) menyebabkan keradangan gusi (gingivitis) dan jika tidak dirawat segera, akan menyebabkan periodontitis yang lebih serius.


Gusi berdarah ketika hamil, bukan lah satu situasi yang pelik. Ianya normal. Yang tidak hamil pun kadang-kadang mengalami masalah gusi berdarah. Apa punca gusi mudah berdarah apabila hamil?



PUNCA GUSI BERDARAH

Ada 2 sebab iaitu :-

  • Berlaku pengumpulan plak pada gigi. Perubahan hormon semasa hamil boleh membuat gusi ibu hamil lebih terdedah kepada plak, yang membawa kepada keradangan dan pendarahan. Ini juga dikenali sebagai gingivitis kehamilan atau penyakit gusi. 
  • Perubahan hormon semasa hamil juga boleh menyebabkan membran mukus membengkak. Akibatnya gusi juga membengkak.


ADAKAH GUSI BERDARAH MERBAHAYA KEPADA KANDUNGAN?

Mungkin merbahaya dan mungkin juga tidak. Akan jadi merbahaya bila gingivitis berkembang menjadi keadaan yang lebih serius dipanggil periodontitis.


Periodontitis boleh melemahkan tulang-tulang dan tisu-tisu yang mencengkam gigi pada rahang. Periodontitis yang tidak dirawat pula boleh menyebabkan gigi tercabut.


Ada kajian juga telah menunjukkan bahawa periodontitis semasa hamil boleh meningkatkan risiko bayi pramatang atau praeklampsia.



BAGAIMANA CARA MENGATASI MASALAH GUSI BERDARAH KETIKA HAMIL?

Menjaga kebersihan gigi dan mulut dengan cara :

  • Bersihkan gigi dengan teliti 2 kali sehari selama 2 minit 
  • Floss setiap hari.
  • Berus lidah untuk minimakan jumlah bakteria berkumpul dalam mulut
  • Guna berus gigi berkepala kecil dengan filamen lembut - pastikan ia selesa untuk dipegang.
  • Elakkan minuman manis (seperti minuman bergas atau teh manis) dan makanan manis terlalu kerap 
  • Jika anda lapar antara waktu makan, amalkan makan snek sayur-sayuran dan elakkan makanan bergula atau berasid.
  • Elakkan ubat kumur yang mengandungi alkohol. 
  • Jika  loya dan muntah,kumur mulut dengan air kosong. Ini akan membantu mencegah asid dalam muntah anda menyerang gigi. Jangan berus gigi anda dengan segera kerana ia akan dilembutkan oleh asid dari perut anda. Tunggu kira-kira sejam sebelum memberus.
  • Makan dengan betul. Pastikan cukup kandungan Vitamin C dan Kalsium yang diperlukan ketika hamil. 


VITAMIN TERBAIK UNTUK MENGATASI MASALAH GUSI BERDARAH KETIKA HAMIL?

Ibu hamil boleh mencuba Vitamin C dan Ostematrix.




VITAMIN C

Membantu tubuh melakukan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas tulang, gigi, dan tulang rawan, dan ia juga membantu menyembuhkan luka.


Vitamin C membantu lapisan gusi (epitelium) kekal sihat walaupun bakteria mendiami mulut.


Gusi yang sihat akan elakkan bakteria daripada akar gigi walaupun kedudukan bakteria dekat dengan gusi.


Apabila bakteria mula menembusi gusi, melalui luka-luka kecil atau lapisan yg lemah, sistem imun akan melawan untuk membasmi bakteria berbahaya.


Jadi Vitamin C menghalang penghasilan plak dan tartar.







OSTEMATRIX

Ostematrix adalah pil kalsium magnesium dengan Vitamin D. 


Kalsium diperlukan untuk memulihkan apa-apa kekurangan yang boleh menyebabkan penyakit periodontal. 


Penyakit dan gangguan gusi periodontal adalah salah satu bentuk osteoporosis mulut. 


Kalsium tambahan boleh menguatkan tulang yang mencengkam gigi, membantu mencegah kehilangan gigi.



Nak dapatkan Vitamin C dan Ostematrix untuk masalah gusi berdarah semasa hamil? Jom terus whatsapp Uni di +60187669798 :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)