Followers

Monday, April 10, 2017

Jenis-Jenis Makanan Penambah Susu Ibu (Milkbooster)


Milkbooster - dulu perkataan ini sangat asing bagi saya. Tapi sejak dua menjak berkecimpung dalam dunia breastfeeding a.k.a. menyusukan anak saya Aimi sehingga genap umurnya 2 tahun, milkbooster dah jadi word yang sangat sinonim bagi saya - dan juga suami! Hehehehe...

Ok jom saya explain dulu apa maksud milkbooster ini ya.

Milkbooster ialah makanan penambah (atau penggalak) susu ibu.

Makanan penambah susu ibu juga bermaksud sesuatu yang ibu makan atau amalkan (contoh seperti bersauna dan berurut) yang boleh melancarkan peredaran darah seterusnya menggalakkan penghasilan susu ibu.

Umum tahu bahawa, antara tips membanyakkan susu ibu ialah ibu perlu sihat tubuh badan dan berada di dalam keadaan happy selalu.

Bagaimana ibu nak berasa sihat? Ialah melalui pemakanan yang ibu ambil seharian.

Jika cukup semua nutrisi dan khasiatnya seimbang, badan ibu boleh kekal sihat dan bertenaga.



Kredit : Carian Google


Di atas ni contoh-contoh makanan yang dikatakan boleh membantu menggalakkan atau membanyakkan penghasilan susu ibu.

Di Malaysia, antara makanan penambah susu ibu yang popular ialah :


1) Kacang Soya

Kacang soya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein tinggi yang mampu menyokong kesihatan dan diet pemakanan ibu.

Namun begitu, elakkan minum soya di dalam tin kerana ianya sangat manis dan tidak diketahui jangka hayatnya.

Bagi yang tiada masa untuk membuat sendiri air soya, bolehlah minum ESP. Ia menggunakan soya yang terbaik yang tidak dimodifikasi secara genetik.



2) Lobak Putih / Merah

Apa sahaja lobak dikatakan mampu membanyakkan susu ibu. Tapi terbukti lobak putih antara penggalak susu yang popular.

Cara masakannya ialah dengan dijadikan sup atau dijadikan sayur bening. Jika nak dijadikan jus pun boleh namun takut ada yang tak lalu dengan rasanya jika tidak biasa makan lobak putih.

Lobak merah pula boleh dijadikan sebagai salad atau dimasak seperti hidangan sayur biasa.



3) Halba (Fenugreek)

Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari.

Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut dan ada juga yang suka letakkan halba dalam masakan harian.

Sekarang dah banyak biskut atau minuman yang ditambah dengan halba untuk tujuan merangsang dan melancarkan susu. Halba bersifat ‘panas’ dan boleh menjadikan badan berpeluh, ada sesetengah ibu dan bayi tidak serasi. Dinasihatkan anda mencuba dengan kadar sedikit dahulu untuk pastikan anda dan bayi tidak alah pada halba.



4) Bawang Putih

Ianya kaya dengan sulfur dan bagus untuk sendi. Bagus amalkan pada setiap masakan kita kerana ia mampu menyegarkan badan.



5) Kurma dan kismis

Makanan sunnah ini kaya dengan pelbagai vitamin antaranya protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C dan banyak lagi.

Ia juga mengandungi glukosa untuk tenaga segera bagi ibu menyusu badan. Apabila badan bertenaga, penghasilan susu badan pun lancar.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.



6) Pegaga

Makanan ulam seperti ini kaya dengan vitamin yang tinggi. Disebabkan ianya ditanam bebas, ia tidak mengandungi bahan pengawet / racun. Ini membuktikan makanan ini selamat.

Sedap dibuat ulam makan dengan nasi panas-panas atau boleh dibuat jus pegaga dan kurma. Kisarkan bersama.



7) Susu

Susu ialah sumber kalsium yang utama. Bila badan kita cukup sumber kalsium, tulang kita kuat menyokong badan dengan baik. Tak la rasa lemah-lemah badan atau sakit pinggang.

Bila sakit berkurangan, badan sihat, susu pun tak malu nak keluar. Amalan minum susu ini bagus untuk semua golongan. Sama ada susu kambing atau susu lembu. Kalau tak tahan bau susu, boleh makan pil kalsium.



8) Habbatus sauda / Jintan hitam

Antara makanan sunnah yang sesuai untuk menggalakkan penghasilan susu badan. Ianya juga merupakan makanan yang boleh menyihatkan badan.

Milk booster hanya dapat membantu sekiranya payudara kerap dikosongkan sekurang-kurangnya setiap 2 -3 jam sekali. Jika bayi jarang disusukan dengan susu ibu, makanlah milk booster apa sekalipun, susu tidak akan bertambah banyak.

Milk booster ini juga sesuai dimakan sejak dari ibu dalam pantang lagi. Jadi, selain membanyakkan susu ibu. ia juga makanan berkhasiat untuk ibu semasa dalam pantang.



9) Sawi

Sawi agak sedikit pahit tapi khasiatnya sangat banyak. Sawi juga dapat membantu dengan masalah sembelit apabila diambil dengan kerap,

Sawi juga antara sayur yang biasa dijadikan sebagai lauk di dalam pantang. Ia boleh juga dicampur dengan tauhu serta ditabur dengan ikan bilis yang disangai. Pasti menyelerakan dimakan dengan nasi panas.



10) Kucai

Sayur kucai yang selalu dimasak dengan kueytiaw juga antara penggalak susu. Ia boleh dijadikan sayur serta dimasak bersama lobak putih.



11) Jantung pisang

Jantung pisang memang sedap dimakan terutamanya hanya dicelur dan dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu.



12) Oat

Oat juga adalah milk booster. Untuk menyedapkan lagi oat bagi tekak Melayu jadikan ia overnight oat. Rendam oat dalam air atau susu kemudian campur dengan buah-buahan kering seperti kismis dan kurma serta kekacang dan juga yogurt.



13) Longan kering

Buah longan kering dan kurma merah kering ini biasanya didapati di kedai ubat tradisional Cina, boleh juga didapati di beberapa pasaraya besar.

Dalam bahasa Cina, ia dikenali sebagai ‘geng geng’. Biasanya orang membeli buah yang sudah dikeringkan, dibuang kulitnya dan siap dipek di kedai ubat Cina dengan kadar RM5 sebungkus, untuk tiga hingga empat kali rebusan (dengan ditambah sedikit gula). 



14) Tauhu dan tempe

Tauhu dan tempe yang berasal daripada kacang soya juga adalah penggalak susu. Pelbagaikan cara masakan agar tidak berasa bosan. 

Tauhu dan tempe boleh dijadikan sambal goreng. Juga boleh dicampur dalam masakan lain.



15) Alfalfa

Alfalfa yang popular sebagai Raja Segala Tumbuhan juga boleh dijadikan penggalak susu dan juga antara penggalak susu yang mempunyai kesan yang kuat. 



16) Bayam

Bayam juga dapat meningkatkan susu badan, tetapi ada yang menyatakan bayam ini ‘sejuk’ dan boleh menyebabkan bayi kembung perut. Tapi kalau dah lepas pantang boleh cuba. Bayam sedap dimakan sebab rasanya manis dan senang dimasak.



17) Barli

Barli bukan setakat menambah susu badan, ia juga dapat menambah tenaga dan juga menyejukkan badan. Barli sedap direbus sehingga kembang dan minum airnya setelah suam. Boleh juga ditambah dengan gula untuk mengelakkan rasa payau.

Apabila direbus, boleh cuba memasukkan daun pandan untuk menaikkan haruman air barli tadi. Memang sedap!



18) Betik Muda

Amalan memakan betik muda ini adalah turun temurun dari orang-orang tua kita, kerana betik muda ini baik dan sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.



Info jenis-jenis makanan milkbooster sudah lengkap tersusun, tinggal ibu nak amalkan sahaja. Jangan gopoh dan stress untuk melengkapkan proses penyusuan ini kerana setiap hari adalah hari latihan untuk ibu lebih pandai dan berjaya dalam proses penyusuan susu ibu.

Harus diingat, satu jenis milkbooster yang berkesan kepada seorang ibu, belum tentu berhasil untuk seorang ibu yang lain.

Maksudnya di sini, milkbooster setiap ibu adalah berbeza. Ibu perlu cuba jaya sehingga berhasil dan tidak perlu rasa down jika milkbooster kita bukan dari jenis yang popular, contohnya seperti jemput-jemput ikan bilis, pengat ubi dan sebagainya.

Untuk saya sendiri, saya juga mengamalkan beberapa milkbooster dalam senarai di atas, tapi selalunya tak bertahan lama. Faktornya ialah, tak serasi dengan tekak dan kadang-kadang mengambil masa untuk disediakan.

Jadi saya beralih kepada milkbooster yang lebih mudah untuk disediakan dan pastinya, BERHASIL.


Set Penyusuan Lengkap 3M
(3M means Making More Milk)


Ianya set lengkap penyusuan yang mana mengandungi semua vitamin yang ibu menyusu perlukan. Jika tadi setiap makanan asas penambah susu ibu yang saya kongsikan diatas, ianya lebih lengkap jika ibu mengamalkan set 3M penyusuan ini.

3M bermaksud making more milk.

Ia lengkap dengan protein, kalsium, serat, vitamin A, vitamin B, vitamin C serta semua vitamin di dalam multivitamin untuk menyokong menyihatkan badan ibu. Bila ibu sihat, ibu rasa happy dan penghasilan susu jadi lebih lancar (dengan syarat ibu mesti ikuti tips supply vs demand).

Jika ibu khuatir dan ragu-ragu, beritahu saya dan saya akan berikan cadangan terbaik berkenaan set menyusu dengan harga mampu milik.

Saya akan berikan cadangan mengikut keperluan dan kemampuan ibu. Jangan asyik stress aje tau, cepat bertindak untuk atasi masalah susu kurang.

Ini saya kongsikan testimoni ibu-ibu yang sudah berjaya dengan set penyusuan Shaklee.








Alhamdullilah saya harap ibu semua dapat sesuatu dari perkongsian saya hari ini. Saya tahu, ibu semua berusaha bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak.

Sesiapa pun tidak boleh menyangkal setiap usaha ibu kerana sesungguhnya hanya ibu sahaja yang tahu tahap pengorbanan yang ibu sanggup lakukan demi anak tersayang. Usahalah untuk menyusukan anak. Jangan pernah putus asa. Teruskan perjuangan!

Jika ibu nak dapatkan consultation berkenaan masalah penyusuan, boleh hubungi saya. Malah saya sedia bantu ibu mengatasi masalah bersama.

Jangan malu jangan segan, boleh hubungi saya seperti detail di bawah ya :)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Pengedar Shaklee Anda :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)