Followers

Saturday, April 1, 2017

Doa Untuk Mendapatkan Cahaya Mata


Sebagai umat nabi Muhammad SAW, kita orang Islam diwajibkan berdoa untuk setiap perkara yang kita lakukan.

Bacaan doa dilakukan untuk memohon keizinan, keberkatan, perlindungan dan rahmat daripada Yang Maha Esa.

Berdoa yang baik-baik bermaksud kita berniat dan mengharapkan segala yang baik-baik sahaja. Begitulah juga dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata. Permulaan untuk mendapatkan cahaya mata ialah berdoa semasa ingin memulakan hubungan intim (berjimak) dengan pasangan.

Paling ringkas, membaca "Bismillahirrahmanirrahim" yang bermaksud "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang".

Sebaiknya, ditambah lagi dengan doa "Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada hubungan kami suami isteri dan jauhkanlah syaitan daripada anak yang lahir daripada kami".




Amalkan doa ini sebelum berjimak dengan suami atau isteri. Semoga dengan keizinannya, anak yang bakal lahir terhindar dari gangguan syaitan yang direjam. Moga jadi anak yang soleh solehah dan sentiasa dalam perlindungan Allah s.w.t.


Selain itu, ada beberapa doa lain yang boleh kita amalkan selepas solat 5 waktu atau pada bila-bila masa sahaja.


Surah As-Saffaat Ayat 100



Surah Al-Anbiya' Ayat 89


Surah Al-Imran Ayat 38


Kalau nak tau, 3 doa inilah yang sering saya amalkan setiap hari setiap masa dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata dulu. Saya telah berkahwin selama 1 tahun 9 bulan barulah Allah izinkan untuk mengandung.

Untuk para suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, jangan sesekali mengalah dengan keadaan ye. Paling penting, JANGAN STRESS. Nikmati setiap momen indah dalam hidup dan berdoalah moga Allah kurniakan zuriat yang terbaik untuk kita pada masa yang tepat. In shaa Allah.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Pengedar Shaklee Anda :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)