Followers

Monday, July 30, 2018

8 Langkah Persediaan Untuk Menyusukan Anak





Persediaan untuk menyusukan anak seharusnya dimulakan sewaktu masih mengandung lagi.


Ikuti 8 Langkah Persediaan Untuk Menyusukan Anak seperti di bawah.


1) CARI ILMU

Tanpa ilmu, sukarlah para ibu hendak mula menyusukan anak. Dan akhirnya, jalan mudah ibu akan terpedaya dengan pemberian susu formula.


Oleh itu ilmu penyusuan adalah sangat penting dicari ibu dan bapa sejak mula hamil lagi. Ada banyak rujukan yang baik di Internet. Atau sebaiknya ibu bapa bolehlah beli buku seperti "Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu". Segalanya tentang penyusuan ada diceritakan.


Jika ibu bapa ada kesempatan dari segi masa dan duit, bolehlah pergi ke kelas-kelas asas penyusuan yang dianjurkan oleh hospital / pakar laktasi. Dengar secara langsung dari yang pakar membuatkan ibu dan bapa lebih mudah faham tentang susu ibu.



2) BERGAUL DENGAN PARA IBU YANG MENYUSUKAN ANAK

Ini juga persediaan menyusukan bayi yang sangat penting. Mulalah bergaul dengan para ibu yang menyusukan bayi mereka.


Pasti ada di kalangan kawan-kawan yang menyusukan anak. Sesekali lepak dengan mereka, atau join mereka mengepam susu di bilik penyusuan.


Biasanya bila mengepam, para ibu suka bertukar cerita dan pengalaman menyusukan anak. Jika sudah terbit niat mahu menyusukan anak, elakkan dari bercerita tentangnya dengan rakan-rakan yang tak menyokong penyusuan susu ibu.

Bukan apa, cuma dikhuatiri kita akan mengalah sebelum mencuba.



3) SERTAI GROUP PENYUSUAN IBU DI MEDIA SOSIAL

Ini juga boleh dilakukan oleh para ibu sebelum mula menyusukan anak. Di media sosial terutamanya di Facebook terdapat banyak group yang berkisarkan susu ibu seperti Kumpulan Ibu Menyusu.


Sertailah group-group tersebut kerana pelbagai perihal, cabaran-cabaran dan jalan penyelesaian dikongsikan oleh ibu- ibu yang sedang atau telah menyusukan anak. Ianya satu medium yang baik untuk mempersiapkan diri bagi menempuh tempoh dua tahun penyusuan.



4) BERITAHU SUAMI DAN AHLI KELUARGA TERDEKAT

Jangan pandang remeh tentang ini. Kerana suami dan keluarga adalah cabaran terhebat jika mereka tidak menyokong niat nak menyusukan anak.


Seawal mungkin dari mula mengandungkan anak, beritahu suami niat mahu menyusukan anak. Ajak suami bersama-sama untuk menerokai alam penyusuan ibu.


Baca bersama artikel-artikel tentang kebaikan susu ibu, dan promote yang susu ibu dapat menjimatkan duit poketnya. Sebab tak payah beli susu formula. Dan sebaiknya mohon doa pada Allah agar suami bersama-sama bagi menjayakan niat mahu menyusukan anak.


Juga beritahu dan bincang dengan mak ayah dan mak ayah mertua. Kongsikan juga apa yang bagusnya tentang susu ibu. Mungkin ada yang tak setuju, jangan give up teruskan usaha agar mereka celik susu ibu.



5) PERANCANGAN BERSALIN


Para ibu sekarang perlu bijak bagi menjaga hak sebagai ibu. Siapkan satu rancangan bersalin (birth plan) dan berikan kepada doktor yang terlibat.


Perancangan ini boleh dibuat secara bertulis. Ianya cukup penting sebagai persediaan menyusukan bayi sejurus lahir nanti.


Di dalam perancangan bersalin masukkan tentang tidak mahu dipisahkan dengan anak dan mahu rooming in dengan bayi.



6) PILIH HOSPITAL YANG MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU

Jika mahu melahirkan anak di hospital kerajaan, sudah tidak perlu risau kerana mereka menyokong penyusuan susu ibu. Tetapi jika memilih ke hospital atau klinik swasta, ibu bapa  perlu waspada.


Ini kerana terdapat hospital atau klinik yang tidak menyokong. Apabila bayi lahir, mereka akan pisahkan ibu dan bayi. Bayi tadi akan diletakkan di satu bilik khas dan diberikan susu formula sebagai susu pertama.


Oleh itu, pilih hospital atau klinik yang betul.



7) BERHUBUNG DENGAN PAYUDARA

Berhubung yang dimaksudkan disini adalah mula kenali payudara. Dan bagaimana ia dapat menghasilkan susu.


Juga apabila kandungan masuk 6 bulan, mulalah mengurut payudara perlahan-lahan. Cubalah demo cara dan posisi penyusuan supaya para ibu lebih bersedia dan tidak mudah panik.



8) PENGHASILAN SUSU IBU DAPAT DIBANTU DENGAN PEMILIHAN SUPPLEMENT YANG BETUL

Pemilihan supplemen juga turut membantu penghasilan susu. Kami di Shaklee menawarkan pelbagai set untuk ibu hamil dan ibu menyusu.

Klik di sini untuk :
Set Hamil Shaklee
Set Berpantang Shaklee
Set Menyusu Shaklee


Untuk info lanjut jangan segan-segan whatsapp Uni tau. Uni always ready dan excited nak share dengan ibu-ibu betapa bestnya journey penyusuan susu ibu dengan Shaklee! :D


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

***********************************************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ataupun ingin mendaftar sebagai ahli
untuk lebih penjimatan? Jangan malu jangan segan boleh terus hubungi Uni :)

|| Siti Munirah ||
Whatsapp : +60187669798
COD Johor di :
Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang & area berdekatan
POS : Seluruh Malaysia setiap hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya dan Mula Jana Pendapatan Dari Rumah Hari Ini :)




Like Page Superb Vitamin For Life :)